Jasa pelbagai bidang, Dr Siti Hasmah terima anugerah Ibu Negara
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah
Mohd Ali, dianugerah gelaran “Ibu Negara” oleh Institut Strategi dan
Kepimpinan Asia (Asli) di majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Hari
Wanita Kebangsaan di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.
Pengerusi Asli dan Pengasas Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF), Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan kepada pengorbanan tidak terhingga Dr Siti Hasmah dalam memberi sokongan penuh kepada suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjuangan Perdana Menteri membina negara.
“Beliau adalah ikon yang memberi inspirasi kepada kita
semua untuk meraikan kepelbagaian kita sebagai sebuah negara yang
berbilang budaya, berbilang kaum dan berbilang agama.
“Nilai dan karekter Tun Dr Siti Hasmah mencerminkan sikapnya yang baik dan penyayang, yang merupakan ciri-ciri utama kepimpinan sebenar. Beliau bermula dengan memecahkan tradisi dengan menjadi sebagai salah seorang doktor Melayu pertama di negara ini.
“Tun
Dr Siti Hasmah turut meraih pengiktirafan global terhadap bantahan
kerasnya kepada peperangan, dan juga rayuannya bagi mendapat simpati
kemanusian bagi pihak yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam ucapan
beliau di majlis itu.
Cheah
berkata Dr Siti Hasmah berjaya memenangi kasih sayang, rasa hormat dan
kekaguman semua rakyat Malaysia dengan pesona serta keanggunannya, dan
juga kebijaksanaan dan ketenangannya.
Di majlis itu JCF turut melancarkan Biasiswa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk Seni Kreatif dan Muzik, dan menyumbang RM10 juta kepada dana itu.
Cheah menyampaikan anugerah itu kepada Dr Siti Hasmah dengan disaksikan oleh Dr Mahathir, dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Asli Tan Sri Razman Hashim.
Sementara itu Dr Siti Hasmah dalam ucapan ringkasnya merujuk kejayaan yang diraih itu kepada hasil sumbangan ibu bapa, abang serta kakaknya.
“Saya sebenarnya ingin berkongsi detik bermakna ini dengan arwah ibu bapa, abang dan kakak saya, kerana mereka mencorakkan diri saya seperti sekarang, benar-benar berharap mereka dapat melihat saya berdiri di sini menerima anugerah berprestij ini, pastinya ia sesuatu yang amat hebat bagi mereka..,” katanya dalam nada yang penuh emosi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Cheah yang mewujudkan biasiswa berkenaan.
“Usia bukan penghalang kepada sesiapa jua yang ingin belajar muzik, dan muzik adalah seni yang amat berharga kepada semua. Bagi saya mempelajari muzik adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan stress,” katanya. — Bernama
Pengerusi Asli dan Pengasas Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF), Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan kepada pengorbanan tidak terhingga Dr Siti Hasmah dalam memberi sokongan penuh kepada suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjuangan Perdana Menteri membina negara.
“Nilai dan karekter Tun Dr Siti Hasmah mencerminkan sikapnya yang baik dan penyayang, yang merupakan ciri-ciri utama kepimpinan sebenar. Beliau bermula dengan memecahkan tradisi dengan menjadi sebagai salah seorang doktor Melayu pertama di negara ini.
Di majlis itu JCF turut melancarkan Biasiswa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk Seni Kreatif dan Muzik, dan menyumbang RM10 juta kepada dana itu.
Cheah menyampaikan anugerah itu kepada Dr Siti Hasmah dengan disaksikan oleh Dr Mahathir, dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Asli Tan Sri Razman Hashim.
Sementara itu Dr Siti Hasmah dalam ucapan ringkasnya merujuk kejayaan yang diraih itu kepada hasil sumbangan ibu bapa, abang serta kakaknya.
“Saya sebenarnya ingin berkongsi detik bermakna ini dengan arwah ibu bapa, abang dan kakak saya, kerana mereka mencorakkan diri saya seperti sekarang, benar-benar berharap mereka dapat melihat saya berdiri di sini menerima anugerah berprestij ini, pastinya ia sesuatu yang amat hebat bagi mereka..,” katanya dalam nada yang penuh emosi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Cheah yang mewujudkan biasiswa berkenaan.
“Usia bukan penghalang kepada sesiapa jua yang ingin belajar muzik, dan muzik adalah seni yang amat berharga kepada semua. Bagi saya mempelajari muzik adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan stress,” katanya. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.