Jangan hina anggota tentera
Oleh Prof Madya Datuk Dr Ismail Sulman
Ramai yang rasa tertampar dan marah dengan kenyataan Koo Yew Yin, ahli perniagaan yang menghina tugas anggota tentera, apabila mencadangkan anggota tentera menggantikan pekerja buruh di ladang kelapa sawit.
Rasa macam tak percaya kenyataan berani ini dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan yang sekian lama meraih keuntungan dek wujudnya keamanan dan ketenteraman, serta keselamatan di negara ini. Kenyataan ini bukan sahaja mengguris perasaan ramai pihak, tetapi berbaur hasutan.
Malah, ia adalah satu penghinaan keterlaluan terhadap perkhidmatan awam. Apa rasionalnya kenyataan seperti ini dihamburkan dalam kita meraikan sambutan Hari Kebangsaan, sedangkan sedia maklum bahawa perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara penyumbang utama kepada usaha mencapai kemerdekaan.
Pengorbanan mereka mempertahankan negara dan bangsa amat bernilai dalam sejarah tanah air.
Adakah kenyataan Yew Yin mengatakan bahawa ATM tidak produktif? Adakah keamanan dan keselamatan dinilai dengan wang ringgit atau keuntungan? Adakah jasa ATM diukur dengan sejauh mana mereka bertempur atau berperang?
Itulah antara tohmahan Yew Yin bahawa anggota tentera hanya menembak di lapang sasar. Seolah-olah beliau menuduh anggota tentera ‘makan tidur’ tanpa melakukan sesuatu untuk negara. Begitulah adat resam dunia. Apabila kita hidup aman tenteram ramai yang terlupa.
Alpa dengan peranan dan jasa orang lain yang menyumbang kepada keamanan dan keselamatan.
Namun, pernahkah pihak yang mengeluarkan kenyataan memikirkan kesan calaran yang berbekas dalam jiwa dan perasaan anggota serta bekas tentera, yang berkorban mempertahankan negara selama ini?
Kenyataan memperlekehkan pengorbanan ATM ini boleh dianggap seolah-olah anggota tentera tidak lagi relevan dalam soal keselamatan. Jauh sekali memberikan penghargaan dan pengiktirafan.
Hakikatnya, keamanan dan ketenteraman yang dinikmati Yew Yin dan rakyat Malaysia hasil strategi yang dilakukan oleh pihak ATM dan PDRM, serta Majlis Keselamatan Negara. Ironinya, apabila terdesak dan mendapat tekanan oleh pihak lain maka, memohon maaf jalan penyelesaiannya.
Seperti polemik sebelumnya, individu yang mengeluarkan kenyataan celupar, terlepas dengan sekadar meminta maaf. Ini bukan kali pertama pendekatan ‘mohon maaf’ dan isu pun selesai. Ramai lagi tokoh lain yang memperlekehkan ATM seperti kes di Lahad Datu, tetapi terlepas begitu sahaja hanya dengan perkataan ‘maaf.’
Pihak berwajib mesti melakukan tindakan tegas agar tiada lagi suara sumbang yang menyakiti anggota tentera dengan kenyataan liar dan berbaur hasutan. Hakikatnya, pertumbuhan dalam bidang perniagaan dan ekonomi yang diceburi Yew Yin, sebenarnya kerana wujudnya persekitaran kondusif usaha sama ATM dalam bidang keselamatan.
Tindakan menafikan dan memperlekeh ATM melambangkan watak sebenar dirinya sebagai rakyat yang tidak tahu menghargai erti keamanan dan ketenteraman.
Kenyataan sesuka hati Yew Yin sebenarnya memperkecilkan tentera serta memperlekehkan institusi Raja-Raja Melayu. Yew Yin dianggap cetek ilmu pengetahuan dalam bidang keselamatan, kerana tidak mendalami pengurusan negara dan juga ketenteraan, sedangkan anggota tentera bukan semata-mata ditugaskan semasa berperang tetapi juga ketika aman.
Contohnya, membantu agensi kerajaan lain atau tugasan kemanusiaan seperti waktu banjir atau bencana lain. Untuk rekod, ATM diberi penghormatan menyertai misi keamanan dunia.
Penghormatan ini diberi kepada negara selaku negara ke-16 menghantar tenteranya berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bertugas mengawal keamanan Republik Congo (sekarang Zaire) di benua Afrika, yang sedang bergolak melahirkan kemerdekaannya sendiri.
Misi UNTAC (UN Transitional Authority in Cambodia) bermula pada 1989 sehingga 1990, yang mana penugasan adalah sebagai Staf Markas dan dikenali sebagai MALBAT. Pembabitan kontinjen Malaysia di Kemboja dengan misi ini bermula dari 1991 sehingga 1994.
Malaysia menyertai misi UNOSOM dari 1993 hingga 1995, dengan 870 anggota tentera dari 19 RAMD ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Batalion ini terbabit dengan misi tempur untuk menyelamat askar Renjer Amerika Syarikat, yang terperangkap di Pasar Bakara di Mogadishu pada 3 dan 4 Oktober 1993 dan 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan.
Ini diikuti dengan misi keselamatan di Bosnia Herzegovina pada 1993 dan Timor Timur, 1999. Misi keselamatan di Eriteria/Ethiopia bermula pada 2000 sehingga sekarang, dengan penugasan adalah sebagai Staf Markas.
Penyertaaan Malaysia di dalam misi Timor Leste pula bermula dengan menghantar 36 pegawai dan 302 lain-lain pangkat. Tempoh penugasan pasukan ini adalah dari 29 Mei 2006 hingga sekarang.
Berikutan dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu, kerajaan mewujudkan sebuah kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada 7 Mac 2013, bagi memperkuatkan lagi keselamatan maritim di bahagian timur Sabah.
Sehingga kini, ATM terus bertugas mempertahankan keamanan dan keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak. Ini sekadar pernyataan rekod tugasan dan misi keamanan dunia, yang memperlihatkan komitmen dan ketaatan ATM yang tidak berbelah bahagi kepada pertahanan negara.
Namun, yang lebih penting ATM terus fokus kepada soal keselamatan tanpa memikirkan persoalan politik atau kerajaan yang memerintah. ATM akan terus menjadikan angkatan tentera yang kredibel dan memenuhi misi untuk melindungi kedaulatan, integriti dan kepentingan negara.
Penulis adalah Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.