Kedah tidak halang Zakir Naik berceramah di negeri itu
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah tidak menghalang
kehadiran pendakwah bebas, Dr Zakir Naik untuk ke negeri terbabit bagi
mengadakan sebarang program ceramah ataupun dakwah.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menegaskan, penceramah itu harus memastikan kandungan yang disampaikan tidak menyentuh sebarang isu sensitif membabitkan kaum dan agama di negara ini.
Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana penceramah yang ingin datang ke Kedah bagi menyampaikan sebarang ilmu agama demi kebaikan rakyat negeri itu.
"Sekiranya dia datang untuk berceramah, menyampaikan ilmu agama kepada
masyarakat, mendidik, memperbetulkan apa yang tak betul dari segi segi
agama, tak perlu kita buat apa halangan atau tak membenarkannya.
“Tapi kalau ia berunsur perkauman, atau mengajak ke arah terorisme dan sebagainya, atau jenayah, itu mungkin kita perlu perhalusi balik,” ujar Mohd Firdaus.
Firdaus berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Menara Alor Setar, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihati seluruh rakyat di negeri Kedah agar bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa terutama dalam menyambut sambutan Hari Kebangsaan penghujung bulan ini.
Pada Jumaat, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd menegaskan ceramah Dr Zakir Naik yang dijadual berlangsung pada Sabtu di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis tidak boleh diteruskan.
Jelasnya, arahan terbabit dibuat bagi memastikan kenteraman awam dan sensitiviti agama rakyat Malaysia dapat dipelihara.
Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia Kedah, Mohd Firdaus Ahmad menegaskan, penceramah itu harus memastikan kandungan yang disampaikan tidak menyentuh sebarang isu sensitif membabitkan kaum dan agama di negara ini.
Menurutnya, pihak kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan mana-mana penceramah yang ingin datang ke Kedah bagi menyampaikan sebarang ilmu agama demi kebaikan rakyat negeri itu.
“Tapi kalau ia berunsur perkauman, atau mengajak ke arah terorisme dan sebagainya, atau jenayah, itu mungkin kita perlu perhalusi balik,” ujar Mohd Firdaus.
Firdaus berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program pelepasan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Menara Alor Setar, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihati seluruh rakyat di negeri Kedah agar bersatu padu tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa terutama dalam menyambut sambutan Hari Kebangsaan penghujung bulan ini.
Pada Jumaat, Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd menegaskan ceramah Dr Zakir Naik yang dijadual berlangsung pada Sabtu di Masjid Al Hussain, Kuala Perlis tidak boleh diteruskan.
Jelasnya, arahan terbabit dibuat bagi memastikan kenteraman awam dan sensitiviti agama rakyat Malaysia dapat dipelihara.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.