Kabinet ada kosong kalau Dr M letak jawatan, kata Wan Azizah
KEKOSONGAN jawatan dalam Jemaah Menteri hanya akan berlaku kalau Dr
Mahathir Mohamad letak jawatan sebagai perdana menteri, kata Timbalan
Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa tiada kekosongan jawatan dalam kabinet sekarang untuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, yang juga suaminya, buat masa ini.
“Saya kira (akan berlaku kekosongan dalam Kabinet) kalau PM (Perdana Menteri) kosongkan (jawatan), itulah (seperti) yang dijanjikan,” kata Wan Azizah seperti dipetik media di Cyberjaya, hari ini.
Anwar dalam reaksinya sebelum itu berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai jemaah kabinet Dr Mahathir.
Katanya, beliau akan menunggu gilirannya untuk mengambil alih jawatan seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum yang lalu.
Semalam, Dr Mahathir membayangkan Anwar tidak masuk dalam pertimbangan dalam rombakan kabinet yang dikatakan akan dibuat tidak lama lagi.
“Kita tidak bincang perubahan atau pertambahan anggota Kabinet memandangkan tiada yang mahu meletakkan jawatan… buat masa ini tiada kekosongan, jika ada kita akan cari calon yang sesuai,” katanya, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, semalam.
Minggu lalu, Dr Mahathir menegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet, sebaliknya rombakan yang dilaporkan hanya melibatkan pertukaran portfolio dalam kalangan barisan jemaah menteri sedia ada.
Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, PH sepakat menamakan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar, yang ketika itu masih menjalani hukuman penjara, sebagai calon penggantinya.
Beberapa pemimpin PH kemudian menjelaskan kesepakatan itu tidak melibatkan perjanjian tempoh bila sebenarnya Dr Mahathir harus menyerahkan tampuk pentadbiran Malaysia kepada Anwar.
Penyokong Anwar bagaimanapun berulang kali mendesak Dr Mahathir mengumumkan tempoh peralihan tersebut

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.