https://critoxium.com/shop/

Terkini

Masalah kewangan tak halang pengambilalihan lebuh raya, kata Guan Eng

KERAJAAN memanjangkan tempoh tarikh akhir untuk pengambilalihan empat lebuh raya sehingga 31 Oktober kerana keperluan teknikal tertentu dan bukan kerana masalah kewangan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Tarikh pengambilalihan lebuh raya oleh kerajaan daripada syarikat konsesi berakhir pada 31 Ogos.
Lim berkata keputusan muktamad mengenai pengambilalihan itu akan dibuat oleh Kabinet selepas 31 Oktober.

Beliau menambah, itu adalah perkara biasa dalam kes seperti yang diperlukan oleh semua pemegang kepentingan.

“Jadi tidak ada masalah, ia hanya keperluan teknikal. Tiada kewangan (perkara) yang terlibat,” katanya selepas menghadiri persidangan di Majestic Hotel KL.

Beliau ditanya mengenai Kementerian Kewangan (Diperbadankan) MOF Inc dan Gamuda Bhd yang bersetuju memanjangkan tarikh untuk berunding dan memuktamadkan terma perjanjian muktamad mengenai pengambilalihan konsesi lebuh raya sehingga 31 Oktober dari 30 Ogos.

Syarikat-syarikat bersekutu kumpulan dan syarikat usahasama serta MOF Inc juga bersetuju melanjutkan rundingan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.