https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kemerdekaan Dan Kontrak Sosial



1- Ketika mencapai kemerdekaan suatu KONTRAK SOSIAL telah dipersetujui oleh perunding kemerdekaan di mana masyarakat bukan Melayu termasuk Cina dan India yang lahir di Semenanjung Tanah Melayu sebelum merdeka akan diberikan kerakyatan. Sebagai timbal balas orang Melayu mendapat Hak Keistimewaan, Islam agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu.

2- Parti politik yang mendapat manfaat KUASA dari penjajah Inggeris pada waktu itu ialah UMNO di bawah Tunku Abdul Rahman bersama MCA dan MIC dalam PERIKATAN dan kemudian BARISAN NASIONAL. Ianya telah berlangsung selama 60 tahun. Ianya sudah diterima pakai.

3- Membangkitkan bibit perpecahan di kalangan kaum yang ada pada hari ini bukanlah tindakan yang bijak. Ianya mendorong kepada keadaan yang tidak STABIL.


4- Islam mengajar kita tentang LITAARAFU iaitu saling mengenali antara berbagai suku bangsa dan saling hormat menghormati.


5- Masyarakat Melayu dan bukan Melayu perlu bergerak ke hadapan berasaskan sejarah yang sedia ada. 


Kita perlu bersatu padu untuk kemajuan bersama.


6- PAKATAN HARAPAN yang terdiri dari parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH berazam membentuk Malaysia Baru yang AMAN, MAKMUR, ADIL dan SEJAHTERA.

SAYANGI MALAYSIAKU

Hj Umar Awang
Pengerusi
Pakatan Harapan
Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.