Dr Zakir Naik Hanya Menyampaikan Kebenaran
Warganegara Malaysia secara umum mengetahui bahawa agama Islam tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Agama Persekutuan yang sering ditafsirkan sebagai Agama Rasmi Negara.
Maka selaras dengan keistimewaan ini Islam selayaknya diberi ruang yang lebih daripada agama-agama lain untuk ditampilkan ke pengetahuan seluruh warga Malaysia supaya difahami segala ajarannya yang sebenar tanpa halangan termasuklah usaha menyampaikan dakwah kepada orang Bukan Islam.
Mereka mesti bersikap baik sangka terhadap usaha dakwah yang bertujuan memberi pencerahan mengenai prinsip-prinsip akidah (kepercayaan) dan amalan yang terkandung di dalam ajaran agama Islam di samping berusaha menyingkirkan perasaan fobia atau prasangka terhadapnya.
Mereka juga perlu tahu bahawa Islam tidak suka memaksa sesiapapun untuk menerimanyanya sebagai anutan.
Sesiapa yang mengkaji agama ini tahu tanpa keraguan bahawa salah satu
prinsip yang dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis ialah
tiada paksaan dalam menganut agama ini.
Cuma satu perkara yang perlu diketahui oleh semua orang adalah menyeru manusia kepada agama Islam adalah diwajibkan ke atas umat Islam.
Ini disebabkan oleh keyakinan bahawa Islam adalah agama yang sebenar datangnya dari Allah SWT yang mencipta manusia dan alam semesta seluruhnya.
Ini bukan keyakinan kosong yang lahir daripada perasaan taksub membabi buta, tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan saintifik yang kuat, di samping bersandar kepada teks agama (Islam) yang tiada keraguan lagi tentang kesahihannya.
Justeru dengan penjelasan ringkas ini saya berharap sikap golongan yang memandang serong kepada pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik dapat meluruskan sikap mereka dan berhenti menuduh beliau sebagai 'extremist', penyebar fitnah dan sebagainya.
Beliau sebenarnya seorang yang amat terbuka dan sanggup berdialog dengan sesiapa sahaja secara ilmiah dan rasional.
Cuma penguasaannya yang hebat dalam bidang ilmu perbandingan agama dan kecekapannya berhujah dengan amat cemerlang untuk menyokong kebesaran Islam menyebabkan beliau dimusuhi oleh mereka yang tidak mampu berdepan dengannya.
DATO' SERI DR. WAN SALIM WAN MOHD NOOR
MUFTI PULAU PINANG.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.