Tiada layanan istimewa di Barat, Dong Zong patut bersyukur
KUALA LUMPUR Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) patut
lebih bersyukur kerana dapat bersuara di Malaysia sejak sekian lama.
Ahli akademik di Institut Antarabangsa Pemikiran dan
Peradaban Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof.
Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, ini kerana Dong Zong serta
sekutunya tidak akan menikmati kelebihan yang sama di tempat lain
terutama di negara-negara Barat.
Tegasnya,
kelompok bukan Melayu seperti Dong Zong yang memiliki kad pengenalan
sebagai warganegara harus menggunakan kelebihan itu untuk memenuhi
ciri-ciri rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu terhadap kesetiaan kepada
negara, bahasa serta identiti kebangsaan dan perpaduan.
"Hentikan tindakan mengarut. Anda telah menunjukkan kejahilan mendalam terhadap kewarganegaraan anda di Malaysia.
"Jangan
menyalahgunakan demokrasi dan hak asasi manusia. Anda fikir dunia Barat
yang anda agung-agungkan itu menghormati bahasa dan etnik anda?
"Anda tidak boleh mempunyai kewartawanan dalam bahasa Cina dan Tamil di 'dunia demokrasi bebas' (Barat).
"Anda
tidak melihat tulisan Cina atau Tamil dalam sistem penulisan awam di
akhbar di dunia Barat, kerana anda tidak boleh mempunyai akhbar
berbahasa Cina atau Tamil," katanya dalam akaun Facebook beliau malam
tadi.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.