'Wakil rakyat kalah pemilihan bukti demokrasi subur dalam Amanah'
Beberapa kejutan dalam pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah),
termasuklah kekalahan wakil rakyat menempatkan diri sebagai ahli
jawatankuasa (AJK) kawasan, diterima secara positif oleh parti tersebut.
Malah, menurut setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir, Amanah “bersyukur” dengan perkembangan tersebut kerana ia menunjukkan dengan jelas bahawa demokrasi semakin subur dalam parti.
“Sudah tentu perkembangan ini mengejutkan kerana Adun atau anggota Parlimen pada kebiasaannya merupakan calon yang boleh menang mudah tetapi itu tidak berlaku dalam pemilihan Amanah.
“Senario ini telah meletakkan semua calon dalam padang yang sama rata. Tiada pihak mempunyai kelebihan. Semuanya perlu bekerja keras dan lebih agresif [...] bagi melayakkan mereka dipilih menganggotai jawatankuasa kepemimpinan.
“[...]
Ahli-ahli sekarang begitu teliti mengawasi gerak kerja calon sebelum
membuat keputusan. [...] Ahli-ahli berani membuat keputusan secara
rasional demi masa depan parti Islam ini,” katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
Selain itu, Anuar turut memuji keputusan pemilihan di kawasan Subang yang memilih seorang wanita sebagai ketua kawasan, yang menurutnya satu pengiktirafan kepada golongan yang bersama-sama berganding bahu membina parti itu.
Antara keputusan pemilihan Amanah yang dianggap mengejutkan, ialah apabila bekas menteri besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tewas dalam pemilihan di peringkat kawasan Gopeng, Sabtu lalu.
Adun Sungai Rapat itu gagal menempatkan diri dalam kalangan 15 calon anggota jawatankuasa (AJK) kawasan yang menerima undi terbanyak yang dipilih oleh 70 orang perwakilan parti.
Untuk rekod, Amanah mengamalkan dasar musyarawah dalam kalangan 15 calon tertinggi peringkat kawasan untuk memilih ketua masing-masing.
Sementara itu, Anuar menyifatkan proses pemilihan kepemimpinan parti berlaku dengan lancar tanpa sebarang provokasi, dan berharap situasi sebegitu boleh dikekalkan sehingga Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 pada Disember nanti.
Setakat semalam, difahamkan empat negeri telah selesai membuat pemilihan di peringkat kawasan, manakala negeri-negeri lain dijangka selesai pemilihan pada awal September.
Konvensyen Amanah peringkat negeri pula dijadualkan berlangsung Oktober ini.
Malah, menurut setiausaha agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir, Amanah “bersyukur” dengan perkembangan tersebut kerana ia menunjukkan dengan jelas bahawa demokrasi semakin subur dalam parti.
“Sudah tentu perkembangan ini mengejutkan kerana Adun atau anggota Parlimen pada kebiasaannya merupakan calon yang boleh menang mudah tetapi itu tidak berlaku dalam pemilihan Amanah.
“Senario ini telah meletakkan semua calon dalam padang yang sama rata. Tiada pihak mempunyai kelebihan. Semuanya perlu bekerja keras dan lebih agresif [...] bagi melayakkan mereka dipilih menganggotai jawatankuasa kepemimpinan.
Selain itu, Anuar turut memuji keputusan pemilihan di kawasan Subang yang memilih seorang wanita sebagai ketua kawasan, yang menurutnya satu pengiktirafan kepada golongan yang bersama-sama berganding bahu membina parti itu.
Antara keputusan pemilihan Amanah yang dianggap mengejutkan, ialah apabila bekas menteri besar Perak, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tewas dalam pemilihan di peringkat kawasan Gopeng, Sabtu lalu.
Adun Sungai Rapat itu gagal menempatkan diri dalam kalangan 15 calon anggota jawatankuasa (AJK) kawasan yang menerima undi terbanyak yang dipilih oleh 70 orang perwakilan parti.
Untuk rekod, Amanah mengamalkan dasar musyarawah dalam kalangan 15 calon tertinggi peringkat kawasan untuk memilih ketua masing-masing.
Sementara itu, Anuar menyifatkan proses pemilihan kepemimpinan parti berlaku dengan lancar tanpa sebarang provokasi, dan berharap situasi sebegitu boleh dikekalkan sehingga Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 pada Disember nanti.
Setakat semalam, difahamkan empat negeri telah selesai membuat pemilihan di peringkat kawasan, manakala negeri-negeri lain dijangka selesai pemilihan pada awal September.
Konvensyen Amanah peringkat negeri pula dijadualkan berlangsung Oktober ini.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.