https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bantu pekerja baharu, syarikat bayarkan hutang PTPTN

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Sebuah syarikat rangkaian mengambil inisiatif membantu pekerja barunya membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengarah urusan Vector Infotech Sdn Bhd berkata usaha itu dibuat bagi memastikan pekerja baharu tidak beralih syarikat lain.

“Bukan mudah melatih pekerja. Walau mereka itu sudah terlatih.

“Selepas menjalani latihan industri, mereka akan ditawarkan bekerja. Berdasarkan penilaian penyelia, syarikat akan membantu mereka membayar hutang PTPTN.

“Pada masa ini kami sudah membantu tiga pekerja membayar hutang mereka,” kata Hii Ding Sin yakin 12 lagi pekerja baharu mampu mengikuti program sama.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.