Kenapakah peristiwa semalam sangat bermakna bagi pendokongnya?
Untuk
memahaminya, kita perlu hayati bagaimanakah mereka mentafsirkan dan
hidup dengan perbezaan antara dua parti itu, sejak selepas perpisahan
1978.
Sejarah dan realiti hari ini memaparkan ia bukan hanya perbezaan dan pertelingkahan politik.
Ia lebih daripada itu. Melibatkan soal Islam dan kufur. Itulah yang berlaku.
Sehingga hari ini. Justeru, Umno dan Amanah mudah dilabelkan macam-macam kerana tidak 'bersama' mereka.
Sedangkan ia hanya pertubuhan politik.
Naratif
dan pemahaman berbeza telah dimulakan oleh Amanah dan PH di mana
penekanan pada persoalan politik adalah politik dan politik adalah
ijtihad siyasi dan politik bukan persoalan aqidah dalam konteks
kebolehan berbeza dan memiliki kepelbagaian parti serta pertentangan
hanya pertentangan ijtihad siyasi bukan pertentangan dan ikhtilaf
asas-asas atau furuk-furuk aqidah.
Jika orang Amanah membaca
batasan iman dan kufur bukan dibaca pada membezakan ahli Amanah dan
parti-parti lain tetapi dibacakan pada seluruh umat Islam, setiap
individu, dalam semua parti serta yang tidak berparti.
Justeru,
peristiwa semalam sangat meruntun emosi kerana mereka berasa ia seperti
satu penyatuan umat Islam atas persoalan iman dan agama.
Umat Islam sudah bersatu
Bagi Amanah, kewujudan perbezaan parti politik tidak bermakna umat Islam sedang berpecah.
Penyatuan umat Islam sebenar adalah pada aqidah dan teras Ahli Sunnah Wal Jamaah, biarpun berbilang parti.
Bagaimama
jika akhirnya mereka berpisah semula? Apakah naratifnya perpisahan
politik semata-mata atau ia telah melanggari ayat yang sering digunakan:
"Dan
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah
kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu
dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan
hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang
bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya
kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Al Imran, ayat 3)
Apakah ia dikira perpecahan umat Islam yang diharamkan atau sekadar mengambil langkah dan jalan berbeza dalam perkara politik?
Itu amat penting untuk dihayati mereka.
Bagi
Amanah, ia akan bertindak dengan naratif yang sama, sama ada hari ini
dalam PH atau nantinya kalau Allah taqdirkan berbeza, ia sekadar
politik.
Hari ini berkawan kerana politik dan lusa jika berpisah atas soal politik juga.
Ia tidak secara langsung berkait soal iman, Islam dan kufur atau penyatuan ummah.
Justeru
ahli dan pemimpin Amanah melihat penyatuan semalam sekadar kerjasama
antara dua parti untuk melawan PH bagi berkuasa di Putrajaya, tidak
lebih daripada itu.
Kritik-kritik yang dilontar adalah kritik
politik dan dalam rangka kerja siasah dan kempen politik semata-mata
bukan menentang Islam dan umat Islam. Tidak sama sekali.
Berkawan, pisah sebab politik tak ada kaitan iman, Islam
Reviewed by editorreformis
on
September 15, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang semakin hampir, PKR mula menyusun semula barisan kepimpinannya apabila melantik Datuk Seri Sa...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.