Era baru Alibaba selepas Jack Ma umum undur diri
SHANGHAI, — Jack Ma hari ini berundur sebagai pengerusi
Alibaba, selepas 20 tahun mengusahakan syarikat e-dagang yang membawa
impak besar kepada ekonomi China.
Ma yang menyambut hari lahir ke 55 hari ini menyerahkan urusan syarikat kepada barisan eksekutif yang diketuai CEO Daniel Zhang, lapor AFP.
Ma menyerahkan kekayaan US$41 billion (RM171 bilion) kepada projek-projek kebajikan seperti pendidikan.
Hari ini juga sambutan Hari Guru di China, dan pemergian bekas guru Bahasa Inggeris itu juga jatuh pada hari ulang tahun penubuhan Alibaba ke-20.
Ma mula menjadi usahawan apabila seseorang menunjukkannya tentang internet semasa melawat Amerika Syarikat pada tahun 1990.
Dia
kemudian melancarkan beberapa projek perniagaan berasaskan internet di
China sebelum meyakinkan kawan-kawannya China dan negara luar memberi
pinjaman US$60,000 untuk memulakan perniagaan e-dagang Alibaba pada
1999.
Kini Alibaba disenarai Bloomberg sebagai antara syarikat yang berjaya dengan nilai US$462 billion.
Ma yang menyambut hari lahir ke 55 hari ini menyerahkan urusan syarikat kepada barisan eksekutif yang diketuai CEO Daniel Zhang, lapor AFP.
Hari ini juga sambutan Hari Guru di China, dan pemergian bekas guru Bahasa Inggeris itu juga jatuh pada hari ulang tahun penubuhan Alibaba ke-20.
Kini Alibaba disenarai Bloomberg sebagai antara syarikat yang berjaya dengan nilai US$462 billion.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.