Seberang Perai bakal diisytihar bandaraya pada 16 Sept
GEORGE TOWN: Seberang Perai bakal diisytiharkan sebagai
bandaraya pada Hari Malaysia pada 16 Sept, menurut seorang anggota Exco
Pulau Pinang.
Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, telah menyerahkan surat bagi pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.
Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandaraya, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperoleh status bandar raya pada 2015.
Jagdeep Singh menjelaskan bahawa untuk diklasifikasikan sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.
Beliau berkata presiden MPSP
Datuk Rozali Mohamud akan dilantik sebagai Datuk Bandar Seberang Perai
sebaik sahaja memperoleh status itu.
-- BERNAMA
Jagdeep Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, telah menyerahkan surat bagi pengisytiharan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kepada Istana Negara untuk mendapat perkenan.
Dengan perisytiharan itu, kedua-dua pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menjadi majlis bandaraya, katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Jagdeep Singh menjelaskan bahawa untuk diklasifikasikan sebagai bandar raya, pihak perbandaran harus memenuhi prasyarat tertentu, seperti mempunyai 500,000 penduduk, pendapatan tahunan lebih dari RM100 juta, dan mempunyai kemudahan seperti kawasan perindustrian, institusi pendidikan, kemudahan perubatan, institusi kewangan dan kemudahan untuk menarik pelabur ke negeri ini, dan pembangunan yang memberi tumpuan kepada pembangunan mampan.
-- BERNAMA
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.