Khalid: Kabinet bincang isu Kampung Baru esok
KUALA LUMPUR, 24 Sept — Kabinet akan membincangkan mengenai kadar
tawaran harga pembelian tanah pemilik dan pewaris Kampung Baru pada
mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata
beliau akan membawa perkara itu kepada Kabinet dan Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik buat semua
pihak.
“(Bincang) Lusa masa di (mesyuarat) Kabinet, kalau dapat ruang saya akan maklumkan Dr Mahathir dan daripada situ kita akan fikir satu cara (penyelesaian).
“Kita
faham memang semua nak harga yang lebih tinggi daripada apa yang
ditawarkan, (tetapi) apa yang kita kena buat ialah kita perlu cari satu
harga yang munasabah yang memungkinkan projek ini menjadi berdaya maju,”
katanya selepas menghadiri program di Pusat Transit Gelandangan Kuala
Lumpur di sini, semalam.
Sabtu
lepas Khalid dipetik sebagai berkata kerajaan menawarkan kadar RM850
sekaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi
pembangunan semula Kampung Baru.
Menurut Khalid ia merupakan kadar tertinggi dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.
Katanya kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran harga yang lebih tinggi bagi pembelian tersebut. — Bernama
“(Bincang) Lusa masa di (mesyuarat) Kabinet, kalau dapat ruang saya akan maklumkan Dr Mahathir dan daripada situ kita akan fikir satu cara (penyelesaian).
Menurut Khalid ia merupakan kadar tertinggi dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.
Katanya kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran harga yang lebih tinggi bagi pembelian tersebut. — Bernama
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.