Pengguna media sosial jangan biadab!
Seri Paduka yang gemar tampil
tanpa protokol juga sering dilihat meninggalkan komen kepada warganet
lain sehingga memberikan inspirasi kepada orang lain.
Seorang pengguna Twitter sebelum ini yang
meniru busana Tunku Azizah berbaju kurung lengkap berselendang ketika
majlis pertunangannya tidak menyangka menerima komen positif daripada
Seri Paduka.
Walaupun Tunku Azizah hanya meninggalkan komen ‘cute’
tetapi tuan punya badan gembira bukan kepalang kerana dia sebelumnya
mungkin takut jika dikenakan tindakan gara-gara meniru busana diraja.
Selain itu, Twitter Kosmo! Online juga tidak kurang menjadi trending
seketika apabila memuatkan gambar pasangan diraja, Yang di-Pertuan
Agong, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ketika perbarisan Hari Bomba
2019 baru-baru ini.
Gambar spontan Seri Paduka berdua yang
dirakamkan oleh jurufoto Kumpulan Utusan itu mendapat 500 ulang ciapan
dan lebih 1,000 tanda suka.
Bagi penulis, keterbukaan Tunku Azizah
dengan media sosial membuatkan orang muda lebih dekat dengan institusi
diraja, mengetahui dan berminat mengetahui adat-adat diraja sehingga
sanggup menonton hampir dua jam siaran langsung berkenaan hal-hal diraja
baru-baru ini.
Secara tidak langsung, ungkapan rakyat dan raja berpisah tiada memang masih wujud dalam dunia serba moden ini.
Namun, apa yang tidak eloknya apabila ada
warganet atau lebih tepat netizen yang boleh dikatakan kaki buli siber
ini telah secara terang-terangan meninggalkan komen tidak elok
dipercayai terhadap keterbukaan Tunku Azizah di laman Twitter.
Kaki buli yang boleh dianggap penulis
sebagai biadab ini tanpa segan silu meninggalkan komen rimas apabila
Seri Paduka sering berkongsi aktiviti harian dengan warganet.
Sekumpulan kaki buli itu juga turut menulis komen sudah ‘unfollow’ kerana rimas.
Ada lagi beberapa komen yang tidak
sepatutnya ditulis di sini sudah menjadi tular yang dipercayai ditujukan
kepada keterbukaan Tunku Azizah itu.
Ke mana hilangnya rasa hormat anda sebagai
warga Malaysia kepada insitusi diraja? Jika sebelum ini ramai artis
dijadikan mangsa buli kini sudah ke tahap biadab apabila Twitter Tunku
Azizah turut menjadi sasaran kaki buli tersebut.
Tunku Azizah telah menjadi insipirasi kepada ramai orang dan boleh dikatakan wanita No. 1 di negara ini.
Sejak Rabu lalu, akaun Twitter Seri Paduka
sudah dinyah aktif sehingga ramai warganet meninggalkan komen sedih dan
mahu Seri Paduka kembali mewarnai dunia ciapan itu kembali.
Akaun yang menggunakan nama @cheminahsayang itu sudah mempunyai 235,000 pengikut.
Rata-rata warganet menulis ciapan berbunyi “Rindu dengan tweet Permaisuri Agong. Rasa baru nak dekat, tapi dah jadi camni.”
Seorang lagi menulis, “Permasuri Agong kita sudah nyahaktifkan Twitter dia. Hilanglah keserian tiap hariku membaca tweet baginda.”
Penulis berharap ‘tentera bawang’ boleh
memberi pengajaran kepada kaki buli yang biadab ini supaya tidak
menggunakan papan kekunci untuk tujuan sewenang-wenangnya seperti ini
sehingga tiada rasa hormat lagi kepada golongan yang lebih tua.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.