Penyatuan ummah Pam - Umno versi politik
Oleh Mohd Sayuti Omar
DI DALAM al Quran Nur Karim Allah s.w.t. menyeru dan memberi peringatan kepada hamba-Nya supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Sejajar itu juga jika ada persengketaan antara dua pihak Allah meminta agar ia didamaikan. Firman-Nya yang popular sering dirujuk untuk ini ialah ayat surah Ali Imran 103 bermaksud: Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.
Manakala firman bersangkutan adalah dalam surah al Hujurat ayat 10, bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang berbalah), dan bertakwalah agar mendapat rahmat daripada Allah.”
Dalam ayat ini ada tugas dan tanggungjawab besar manusia yakni menjadi pendamai kepada pihak yang berbalah. Ertinya tugasan ini sangat penting kerana tanpa melaksanakannya mereka (pendamai, membiarkan perbalahan) menyebabkan semua pihak tidak mendapat rahmat disebabkan kegagalan mendamaikan dua pihak bersengketa. Maknanya persengketaan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
DI DALAM al Quran Nur Karim Allah s.w.t. menyeru dan memberi peringatan kepada hamba-Nya supaya bersatu padu dan tidak berpecah belah. Sejajar itu juga jika ada persengketaan antara dua pihak Allah meminta agar ia didamaikan. Firman-Nya yang popular sering dirujuk untuk ini ialah ayat surah Ali Imran 103 bermaksud: Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.
Manakala firman bersangkutan adalah dalam surah al Hujurat ayat 10, bermaksud: “Sebenarnya orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang berbalah), dan bertakwalah agar mendapat rahmat daripada Allah.”
Dalam ayat ini ada tugas dan tanggungjawab besar manusia yakni menjadi pendamai kepada pihak yang berbalah. Ertinya tugasan ini sangat penting kerana tanpa melaksanakannya mereka (pendamai, membiarkan perbalahan) menyebabkan semua pihak tidak mendapat rahmat disebabkan kegagalan mendamaikan dua pihak bersengketa. Maknanya persengketaan tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Peringatan dan tuntutan daripada dua ayat itu sangat
besar sekali dan ia memberi jalan bagaimana untuk melihat sesebuah masyarakat
dan negara itu maju. Kemajuan sesebuah negara itu dapat dicapai apabila rakyat bersatu
padu. Sesebuah negara itu akan aman makmur
apabila tidak ada sengketa, rusuhan, perbalahan terjadi. Jadi hikmah bersatu
padu dan tidak berpecah belah sungguh besar dan indah sekali. Perlu ingat perpaduan (unity)
adalah modal utama kemajuan kepada sesebuah negara.
Penyatuan ummah anjuran Pam-Umno.
Mengenai rancangan Parti Islam (Agama) Se
Malaysia
(PAM) dan UMNO yang kini sedang mendendang lagu penyatuan ummah ia
adalah berdasarkan
kepada firman dan ayat Tuhan diatas itu. Bagi orang yang beriman kepada
Allah
dan bernabikan Muhammad s.a.w. sangat teruja apabila disebut perkataan
“ummah”.
Mereka akan menjadi lebih damai dengan tiba-tiba bila disebut “penyatuan
ummah”. Makanya apabila Pam dan Umno hendak membentuk penyatuan
ummah ia satu kerja yang baik (amal maaruf) yang perlu disokong. Dengan
mengambil
kira hikmah dan keberkatan daripada berkerjasama, dan tidak berpecah
belah
nanti, pastilah tujuan itu baik sekali.
Sebelum itu baik kita fahami dahulu perkataan “ummah” termalogi
yang digunapakai oleh rancangan penyatuan itu. Bila disebut “ummah” kita mudah
terbawa kepada pengertian teologi, ianya sebagai Islam, Muslim. Walhal “ummah”
adalah sama pengertian dengan arti “masyarakat” (komuniti) atau “bangsa”. Di sini
jangan rigid kan perkataan “ummah” itu dengan kalangan Islam sahaja,
kononnya “ummah” itu tidak termasuk orang atau masyarakat bukan Islam. Jangan
mudah meng”agama”kan perkataan ummah itu sehingga kita khilaf dalam memahami
dan bertindak.
Tanda tangani Piagam.
Pam dan Umno akan menandatangani piagam penyatuan
ummah pada 14 September ini bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Seluruh rakyat
diseru agar menghadiri bagi menyaksikan upacara itu. Caning dan gong gendang
kedamaian juga dipalu untuk menarik perhatian. Sudah bergemercingan seantero nusa. Ia disifatkan upacara bersejarah
untuk bangsa Melayu negara ini. Dan ada yang menganggap penyatuan itu sebagai
tuah dan koramah setelah Dr Mahathir Mohamad tidak lagi memimpin Umno. Aduhai.
Agenda itu menimbulkan pro kontra di kalangan orang
ramai. Apa lagi komuniti politik membuat tafsiran, ulasan dan spekulasi
masing-masing. Bagi yang bersifat jauhari mengenal maknikam sudah dapat membaca
kilau dalam kilat dengan agenda itu.
Bagi orang Pam khasnya yang tidak menjenguk ke luar,
tidak membaca kitab-kitab lain kecuali menghafal perukunan, hadith, sirah dan Quran juzu amma, dan
menutup telinga kepada percakapan bukan dari pemimpinnya, menganggap kehadiran pada
majlis itu sebagai wajib (compulsory)
Kehadiran ke PWTC itu adalah sebagai jihad dimana jika
berlaku musibah dan kemalangan saat dalam perjalanan pergi dan pulang dari majlis
itu disifat sebagai jihad dan jika mati ianya digolongkan sebagai mati syahid
yang tempatnya Jannah. Begitu sekali penerimaan dan keyakinan orang Pam kepada
doktrin perjuangannya.
Di sini kita tidak menafikan kepentingan bersatu padu,
(ukhuwah) berpegang kepada tali Allah, dan tidak dapat menolak kerugian terpeluk kalau
kita berpecah belah. Tetapi soalnya disini apakah penyatuan ummah dilakukan itu
menepati (relevan) dengan kehendak atau
maksud ayat Quran dalam surah Ali Imran tadi? Apakah ia dibuat berdasarkan roh seruan
itu, atau pun ia hanya diambil fizikal (seruan tanpa menghayati tujuannya) sahaja
tetapi membuang roh maka ia jadi ada motif lain?
Tujuan dan maksud penyatuan itu dicurigai apabila ia
diukur timbangkan dengan apa yang dimaksudkan Allah itu dengan apa yang sedang
berlaku. Ada beberapa perkara menyebabkan penyatuan anjuran Pam dan Umno itu persis
melencong daripada seruan dan tuntutan dalam surah Ali Imran itu;
1.
Penyatuan ummah
itu hanya dilakukan kepada sebahagian ummah atau rakyat sahaja, yakni di
kalangan orang-orang Melayu. Sedangkan ummah dimaksudkan daripada seruan itu
mencakupi seluruh manusia, semua bangsa dan setiap mereka yang bermukim dalam
sesebuah negara.
Ertinya dalam konteks bernegara, mereka yang termasuk
dalam ummah itu adalah juga orang-orang Cina, India, Dayak, Kadazan, Dusun,
Murut, Orang Asli dan lain-lain. Jadi
mereka ini adalah automatik tergolong dalam pradiket “Ummah”. Justeru mereka juga harus diseru dan diajak
sama.
2.
Kenyataan Timbalan
Presiden Pam Tuan Ibrahim Tuan Man jelas bahawa penyatuan itu dikalangan Melayu
sahaja, apabila beliau berkata tujuan penyatuan itu untuk menyatukan 70% kekuatan
undi Melayu yang dipecahkan oleh PH. Apa maksudnya ini? Jelas ianya hanya tumpu
kepada Melayu sahaja. Makanya penyatuan itu bersifat bertompok “assobiyah
jahiliah.”
3.
Menurut
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa isi kandungan piagam itu tidak akan didedahkan
sepenuhnya kerana ia menjadi rahsia dalaman kepada pemimpin kedua-dua buah
paritu itu, ini menjelaskan bahawa piagam itu tidak telus. Kenapa harus ada sesuatu
yang hendak dirahsiakan. Berkemungkinan rahsia itu bagi mengelakkan isi
perjanjian (Piagam) itu diketahui oleh ummah, khususnya bangsa lain menyebabkan
mereka akan menolak atau membantahnya.
4.
Penyatuan itu seharusnya
membabitkan semua orang Melayu dalam semua parti bukan sahaja daripada Pam dan Umno. Kalau
penyatuan Melayu itu dibuat dalam kerangka parti, maka parti-parti itu juga
perlu dipanggil sama untuk bersatu. Pihak penganjur, Umno Pam, perlu mengajak Melayu dalam Bersatu, Amanah, PKR dan DAP.
Penyatuan paling afdal dan
utama yang perlu dilakukan oleh Pam dan Umno adalah penyatuan sesama sendiri, menyatu,
mencantum balik perpecahan dialami oleh parti itu. Mereka kena utamakan
penyatuan sesama mereka terlebih dahulu sebelum mengajak kelompok luar bersatu.
Misalnya Pas perlu mengajak orang-orang Amanah untuk bersatu dengan mereka.
Bukankah orang-orang Amanah dahulu adalah saudara, kawan dan sahabat mereka?
Sepatutnya keperluan dan
kepentingan untuk berbuat begini, sangat diarifi oleh orang-orang Pas, kerana
ada kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan berbunyi; “Tidak halal
bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya lebih daripada tiga
hari.” Riwayat Abu Daud dan al Bukhari.
Manakala dalam riwayat lain
pula menyebut lebih keras lagi, bermaksud: “Tidak masuk Syurga sesiapa
memutuskan silaturahim.” (Al Bukhari). Memutuskan hubungan politik sampai
mencerca (ta'afirin) adalah termasuk dalam kategori memutus silaturahim?
Demikian juga dengan
orang-orang Umno, mereka harus menyatu sesama sendiri terlebih dahulu, mengajak
bekas ahlinya yang kini menyertai Bersatu.
Tetapi apakah sedia dan
sanggup mereka lakukan? Tidak. Inilah yang dikatakan penyatuan itu tidak ikhlas
dan bukan bertolak daripada perintah dan anjuran Allah tadi. “Hendaklah kamu
berpegang kepada tali Allah dan jangan berpecah belah.”
Selepas mereka mengajak
saudara mereka yang dahulu berada dalam satu parti bersama, baharulah mereka perluaskan
skop penyatuan itu kepada ummah atau rakyat di luar, meliputi ahli berbangsa
Melayu sekurang-kurangnya di dalam parti PKR dan DAP juga. Mereka tidak boleh
meninggalkan Melayu dalam kedua-dua parti itu. Kemelayuan dan keIslaman mereka
tidak termansuh apabila mereka menjadi ahli parti itu. Syahadat mereka masih tetap
berbunyi; “aku naik saksi tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad
adalah rasulnya.”
Bukan itu sahaja, berdasarkan
kepada semangat penyatuan yang dituntut tadi, ahli-ahli PKR dan DAP berbangsa
bukan Melayu dan beragama Islam juga perlu diajak sama bersatu kerana mereka
adalah rakyat negara ini. Mana-mana rakyat negara ini atau mereka bermukim di
sini secara automatik kena bertanggungjawab dan amanah kepada tempat dimana
bumi dipijak dan langit dijunjung, mereka mereka harus bersatu. Begitulah cara bersatu (ukhwah) yang dianjurkan Islam.
Malangnya agenda penyatuan diagendakan
Umno dan Pam itu tidak merangkumi keperluan dan kepentingan itu semua. Ia hanya
terbatas kepada penyatuan Melayu sahaja. Disini menjelaskan bahawa konsep
penyatuan yang hendak dibawa itu bukan syumul (ideal) maka ia bertentangan
dengan semangat penyatuan sebenar.
Penyatuan
bermotif politik.
Apabila penyatuan dirangka
itu bermotifkan politik maka ia tidak kekal lama. Sudah lumrah dan menjadi
sunatullah sesuatu (kebatilan) yang bertentangan dengan prinsip kebenaran (haq)
ia akan musnah. Begitu juga dengan penyatuan ummah anjuran Umno dan Pam itu. Apa
lagi maksud dan tujuan penyatuan dibuat sangat jelas, adalah untuk menentang
kerajaan PH yang mana sifatnya sementara dan berhelah. Dengan penyatuan itu nanti Pam dan Umno berharap akan berlaku
perlawanan satu lawan satu dengan PH dalam pilihan raya akan datang. Mereka
bermaksud untuk menumbangkan kerajaan PH dan kerja menumbangkan itu sebagai
fardu wajib.
Perjuangan sebegitu adalah
batil kerana kewujudan kerajaan sekarang bagaimana rupa dan kapasitinya ia
adalah halal dari sisi demokrasi. Tidak pantas dihukum sebagai “wajib”
menjatuhkannya seperti mana kata seorang ulama "gogat" daripada Pam. Apakah kesalahan kerajaan yang ada kini maka ia hendak
ditumbangkan. Apakah ia berdasarkan kertas strategi disebarkan kerana kerajaan
hari ini kononnya dikuasai oleh DAP?
Tidak ada satu bukti jelas
dan berfakta menunjukkan kerajaan hari ini dikuasai atau menjadi tunggang DAP.
Ia hanya tohmahan, provokasi dan persepsi semata-mata. Menganggap
kerajaan hari ini dikuasai DAP adalah prejudis liar.
Justeru kalau ada orang
menganggap penyatuan itu bermotif politik, dan ia jauh dari kebenarannya
(haqiqi), tepat. Maka kalau Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof
mengingatkan agar jangan bersetuju dengan Piagam yang Meragam itu tepat
sekali.
Menurut Mujahid piagam itu hanya sebagai keperluan politik kesepakatan untuk kekal bersaing. Beliau berharap jangan kedua-dua parti Melayu itu tertipu dengan ilusi mahukan kuasa dan "dendam" untuk jatuhkan PH, menjadi motivasi lalu memperjudikan nasib agama, bangsa dan negara dengan taktikal politik perkauman dan agama sempit yang akhirnya menenggelamkan bahtera semua.
Sesungguhnya penyatuan ummah
yang akan dilambangkan menerusi menandatangani Piagam tanggal 14 September
adalah penyatuan yang palsu dan bukan ikhlas, seratus peratus bermotifkan
politikMenurut Mujahid piagam itu hanya sebagai keperluan politik kesepakatan untuk kekal bersaing. Beliau berharap jangan kedua-dua parti Melayu itu tertipu dengan ilusi mahukan kuasa dan "dendam" untuk jatuhkan PH, menjadi motivasi lalu memperjudikan nasib agama, bangsa dan negara dengan taktikal politik perkauman dan agama sempit yang akhirnya menenggelamkan bahtera semua.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.