https://critoxium.com/shop/

Terkini

Prebet Lapok dorong Mejar Mohd Zahir Armaya jadi tentera

PELAKON AR BADUL berbangga dengan semangat dan keberanian anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya menyertai pasukan tentera demi untuk berbakti kepada negara.

Reda dengan pemergian arwah, Badul berkata dia tidak menyangka anaknya itu mempunyai daya ketahanan yang tinggi sehingga berjaya menganggotai pasukan komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK).

“Ramai orang bergurau dengan mengatakan anak saya minat untuk menjadi anggota tentera selepas dia menonton lakonan saya dalam filem Prebet Lapok.

“Tapi sejujurnya saya memang tak sangka dia akan jadi komando. Tiba-tiba sahaja dia jemput saya untuk hadir ke perbarisan tamat latihan.

“Walhal fizikalnya biasa sahaja, namun tak sangka dia mampu mengharumkan nama keluarga dengan pencapaiannya,” kata AR Badu

Prebet Lapok adalah filem lakonan AR Badul bersama Allahyarham Datuk Aziz Sattar yang ditayangkan pada 1979.

AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Arman Ramlie, 70, ditemui di Masjid Muhamad Al-Fateh Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.

Allahyarham Mohd Zahir dibawa ke sini untuk disembahyangkan sebelum dihantar ke tanah Perkuburan Tambun, Perak untuk disemadikan.

Mohd Zahir meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.28 pagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.