Jumaat diisytihar hari penggunaan tulisan jawi: Mujahid
KUALA LUMPUR - Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.
“Insya-ALLAH dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.
“Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.
“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.