https://critoxium.com/shop/

Terkini

10 kebaikan bawang putih untuk kesihatan

BAWANG putih boleh dikatakan bahan wajib ketika memasak dalam memberikan aroma dan rasa selain membuka selera dengan bau harumnya terhadap sesuatu masakan.

Bagaimanapun ramai tidak mengetahui bahawa ia juga banyak digunakan sebagai ubat kerana ia memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan kita.

Berikut adalah 10 fakta mengenai kebaikan bawang putih kepada kesihatan.

1. Merawat selesema

Salah satu kebaikan bawang putih adalah meningkatkan sistem imun badan seseorang malah kajian juga mendapati kandungan asid amino di dalamnya mampu mengurangkan potensi untuk terkena selesema selain mempercepatkan proses pemulihan jika terkena jangkitan itu.

2. Meningkatkan stamina ketika bersenam

Bawang putih juga baik untuk meningkatkan stamina ketika bersenam malah kajian menunjukkan individu yang mempunyai penyakit jantung boleh melakukan aktiviti riadah dengan lebih baik selepas diberikan minyak bawang putih sebanyak dua kali sehari selama enam minggu.

3. Antibiotik semulajadi

Kandungan diallyl sulfide dalam bawang putih didapati dapat melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik.

4. Mengurangkan risiko kanser

Individu yang menjadikan amalan memakan bawang putih mentah sekurang-kurangnya dua kali seminggu memiliki risiko 44 peratus lebih rendah untuk terkena kanser seperti paru-paru dan prostat.

Bawang putih mempunyai pelbagai manfaat.

5. Menghalang keracunan logam

Selain kandungan diallyl sulfide, sulfur dalam bawang putih juga didakwa mampu melindungi organ badan daripada rosak akibat keracunan logam seperti timah.

Bawang putih dipercayai dapat mengurangkan kadar keracunan timah dalam darah sebanyak 19 peratus terutamanya kepada pekerja dalam industri berkaitan.

6. Mengurangkan kadar kolestrol

Antara manfaat lain bawang putih termasuklah mengurangkan kadar kolestrol jahat atau LDL dalam badan manusia sebanyak 10 ke 15 peratus.

7. Menurunkan tekanan darah

Kajian mendapati pengambilan 600 ke 1500 miligram ekstrak bawang putih atau empat ulas mentah setiap hari dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah.

8. Melindungi jantung

Kandungan diallyl trisulfide di dalamnya dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau penyakit lain berkaitan.

9. Menguatkan tulang wanita

Makan bawang putih dapat membantu kaum wanita meningkatkan kadar hormon estrogen serta mencegah proses pereputan tulang dan pelbagai kajian sedang dilakukan mengenainya.
10. Mencegah penyakit Alzheimer

Bawang putih mengandungi antioksidan yang dapat menurunkan risiko penyakit seperti demensia dan Alzheimer kerana ia mampu melindungi sistem kognitif dengan melindungi sel saraf. - KOMPAS 

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.