https://critoxium.com/shop/

Terkini

'Saya bukan Ketua Polis Negara Pakatan Harapan'

BIDOR: Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata beliau seorang yang neutral dan tidak menyokong mana-mana parti politik, justeru menafikan dakwaan bahawa beliau menuduh parti pembangkang sebagai punca isu ketegangan kaum dan agama.

"Saya cuma kata parti yang kalah dalam pilihan raya biasalah akan berusaha untuk melemahkan kerajaan, itu peranan dia.

"Tapi saya pula dikatakan serang parti pembangkang. Bila pula saya menyerang pembangkang sahaja? Saya minta orang yang buat tuduhan itu dengar baik-baik apa saya cakap.

"Ada yang nak suruh saya letak jawatan (kerana dikatakan) saya masuk campur dalam hal politik.

Sebagai Ketua Polis Negara saya tak menyebelahi mana-mana pihak, seolah-olah saya Ketua Polis Negara Pakatan Harapan. Tidak, saya Ketua Polis Negara untuk negara ini, bukan untuk parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pelancaran Operasi Bersepadu Khazanah di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Hashim dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Abdul Hamid mengulas kenyataan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil yang menyarankan beliau meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara jika mahu membuat kenyataan politik.

Isham mengulas mengenai laporan akhbar yang menyebut Abdul Hamid menyalahkan pembangkang kerana kerajaan PH sedang goyang di tengah-tengah peningkatan ketegangan isu agama dan kaum.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, pelbagai pihak termasuk parti politik di negara ini diminta agar tidak menimbulkan isu-isu remeh sehingga mengakibatkan polis tidak dapat menjalankan tugas hakiki membanteras jenayah.

“Jangan kita menjadi manusia yang sombong dengan sibuk mencari kedudukan, mencari pengaruh sehingga membebankan PDRM.

“Hal-hal politik yang sepatutnya boleh diselesaikan, tetapi tidak habis-habis sejak tahun lalu macam-macam isu hingga perkara remeh pun dijadikan isu.

“Isu perkauman, isu agama, ...kita perlu beralih daripada isu ini kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan (dijangka diadakan) tiga tahun lagi, jadi ini fokus di situ nanti,” katanya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.