Azmin dinasihat hadir mesyuarat - Anwar
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata
timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perlu hadir mesyuarat parti
selepas ini.
Katanya, beliau sudah menasihati Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mengenai keperluan hadir ke mesyuarat parti.
"Saya tidak tahu (Azmin) boikot atau tidak (mesyuarat). Yang saya tahu (Azmin)
tak datang.
"Saya sudah nasihat mesti datang (ke mesyuarat parti)," katanya kepada media ketika ditemui selepas Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Kebudayaan 2019 (ICHCC-SEA) di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan dan Alam Melayu (ISTAC), Kuala Lumpur, di sini.
Anwar berkata demikian ketika ditanya dakwaan sesetengah pihak Mohamed Azmin dilihat ‘kebal’ dari tindakan disiplin walaupun beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi.
Isu itu timbul selepas ketegangan yang tercetus antara penyokong Anwar dan Mohamed Azmin dalam PKR sebelum ini.
Mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, yang tidak boleh menerima apabila surat yang dihantar kepada Anwar tetapi dijawab oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Presiden PKR itu berkata ia hal remeh.
"Benda titik bengik (remeh) saya tidak mahu bincang di sini. Datang mesyuarat kita boleh bincang," katanya.
Zuraida sebelum ini dilaporkan menghantar tiga surat kepada Anwar bagi membincangkan hal parti dan mahu ia dijawab sendiri oleh Anwar.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.