https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tempoh 5 tahun hingga 2019 paling panas

NEW YORK: Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini, mendapati dunia ketinggalan dalam usaha mengelak bencana iklim dengan suhu selama tempoh lima tahun sehingga 2019 dijangka menjadi paling panas dalam rekod.

Laporan itu menekankan keperluan mendesak tindakan kukuh mengekang pemanasan global dan kesan terburuk perubahan iklim,” kata pasukan penulisnya, Kumpulan Penasihat Sains kepada persidangan iklim PBB.

Purata suhu dunia antara 2015 hingga 2019 pada landasan menjadi tempoh lima tahun paling panas dalam rekod, menurut laporan itu berdasarkan data Pertubuhan Meteorologi Dunia.

“Tempoh ini dianggarkan 1.1 darjah Ceksius lebih panas berbanding era sebelum industri pada 1850 hingga 1900 dan 0.2 darjah Celsius lebih panas berbanding tempoh 2011 hingga 2015,” katanya.

Tempoh empat tahun lalu sudah mencatatkan suhu paling panas, sejak rekod suhu mula disimpan pada 1850. - AFP


Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.