Guna akal, nilai sesuatu perkara berdasarkan fakta
Oleh Wan Hazmir Bakar
TANGGAL 21 September adalah hari ke-264 sesuatu tahun itu atau hari ke-265 jika tahun lompat mengikut kalendar Gregorian. Ia juga bermakna tahun itu berbaki 101 hari lagi.
Tahun ini, 21 September adalah bersamaan 21 Muharam 1441 Hijrah apabila September dan Muharam bermula pada hari sama. Persamaan tarikh antara kalendar berasaskan peredaran bumi mengelilingi matahari dan peredaran bulan mengelilingi Bumi ini akan berlarutan hingga 29 September ini.
Tanggal 21 September menandakan Ekuinoks Musim Luruh semakin hampir. Secara ringkasnya, ia merujuk keadaan apabila wilayah di Khatulistiwa mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang.
Ekuinoks Musim Bunga dan Ekuinoks Musim Luruh berlaku apabila matahari berada setentang Garisan Khatulistiwa kebiasaan pada 21 Mac dan 22 September setiap tahun. Tahun ini, Ekuinoks Musim Luruh akan berlaku pada jam 3.50 petang waktu Malaysia pada 23 September ini.
Fenomena digelar ‘pergerakan matahari’ dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan dan sebaliknya, berlaku kerana orbit peredaran Bumi dan putaran Bumi pada paksi yang condong 23.5 darjah. Semua ini adalah ilmu sains astronomi atau falak yang sudah diketahui umum.
Fakta saintifik ini mungkin sudah tidak lagi diambil peduli selepas kita menghafalnya untuk lulus ujian Geografi sewaktu zaman persekolahan dulu. Sekarang, kita lebih cenderung meringkaskan ilmu sains ini menjadi perkara adat.
Ilmu falak hanya dirujuk ketika penetapan tarikh puasa, hari raya dan hari wukuf. Itu pun hukum alam yang begitu tersusun itu diringkaskan kepada ‘anak bulan’.
Kini, September bukan lagi mengenai pemerhatian fenomena Ekuinoks Musim Luruh, tetapi lebih kepada musim jerebu akibat kebakaran di Sumatera dan Kalimantan. Kita tidak lagi mahu memerhati betapa bumi, bulan, matahari dan segala cakerawala mematuhi hukum ditetapkan Allah SWT.
Masyarakat, khususnya orang Melayu, sudah hilang nilai saintifik. Ilmu sains yang dikurniakan Allah SWT dan begitu berkait rapat dengan ibadat sudah semakin ditinggalkan. Ilmu dipelopori sarjana Muslim ketika dunia berada dalam Zaman Kegelapan kini dikuasai bukan Muslim.
Kita bukan lagi umat pencipta tetapi sekadar umat pengguna, itu pun tidak mahir. Kita lebih cenderung bergaduh mengenai soal remeh. Kita lupa mengenai proses deduksi bagi mencapai kesimpulan dan kebenaran berdasarkan fakta.
Kita berpolitik sepanjang masa tanpa mengetahui erti sebenar politik dalam pentadbiran masyarakat dan negara. Kita mengikut secara membuta tuli kehendak orang politik. Kita tidak lagi rasional, sebaliknya kita gemar menyebar fitnah politik.
Maka tidak hairanlah apabila kumpulan WhatsApp badan khairat kematian taman perumahan pun sudah menjadi saluran menyebar fitnah politik. Apa saja propaganda pihak tidak bertanggungjawab dikongsi dan disebarkan tanpa sebarang penilaian.
Setiap pembohongan dianggap kebenaran mutlak. Setiap dakwaan yang tidak masuk akal pun dipercayai. Fakta tidak lagi dihiraukan, apa yang penting ialah menjadi jaguh parti politik untuk mempengaruhi orang lain membenci kerajaan sekarang.
Kesan buruk akibat dasar puluhan tahun lalu pun dipersalahkan kepada kerajaan setahun jagung ini.
Ia dituduh memperkasakan kaum Cina. Ia dituduh meningkatkan hutang negara. Ia dituduh menjual berbilion aset negara. Ia dituduh merompak institusi orang Melayu. Ia dituduh mengkhianati orang Melayu.
Malangnya tuduhan tanpa hujah dan bukti itu dipercayai bulat-bulat sebilangan besar daripada kita. Tiada langsung usaha mencari kebenaran berdasarkan penilaian fakta dibuat. Mungkin ini yang dikatakan fitnah akhir zaman.
Bangsa Barat maju kerana mereka berfikiran rasional dan saintifik. Mereka belajar daripada sejarah kegemilangan umat Islam terdahulu. Kejayaan bangsa Barat ini ditiru pula bangsa Asia Timur dan mereka kini semakin maju.
Kini, umat Islam ketinggalan dalam serba-serbi. Banyak negara Islam menjadi negara yang gagal. Tiada lagi pemikiran rasional dan saintifik. Inilah yang semakin menyerlah di negara kita.
Pada 28 Mei lalu tepat jam 5.16 petang dan pada 16 Julai lalu tepat jam 5.28 petang, berlaku Istiwa Adzam atau peristiwa matahari tepat di atas Kaabah. Kaedah mudah inilah antara yang digunakan kita untuk menentukan arah kiblat.
Kita bersyukur kerana ada dalam kalangan kita yang masih menguasai ilmu falak atau astronomi ini. Benarlah firman Allah SWT bahawa pemerhatian terhadap alam raya ini akan menunjukkan kekuasaan-Nya.
Kita perlu menggunakan akal dan menilai sesuatu berdasarkan fakta. Kita perlu menjadi insan saintifik untuk mencari kebenaran.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.