Kampung Baru – berubah akhirnya?
Oleh Abdul Latiff Mohd Ibrahim Ph.D.
Sejak pentadbiran regim lalu isu pembangunan Kampong Baharu telah menjadi isu hangat dalam kalangan orang Melayu khasnya penduduk Kampung Baharu sendiri.
Jika disoroti tindakan-tindakan yang diambil regim lama dalam menangani isu ini kita mendapati terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan walaupun usaha-usaha tersebut belum menampakkan satu solusi komprehensif yang boleh diterima oleh pihak-pihak yang berkepentingan – pemilik tanah, penduduk, waris dan kerajaan itu sendiri. Seolah-olah segala cadangan berkenaan pembangunan Kampong Baharu adalah masih tergantung disebabkan pelbagai rintangan dan masalah yang dikira agak sukar untuk diatasi.
Namun membiarkan keadaan di Kampong Baharu tanpa penyelesaian muktamad bukan jalan ke hadapan bagi kesemua pemegang taruh dalam isu ini. Semestinya satu solusi yang komprehensif, mantap dan diterima semua pihak berkenaan amat diperlukan. Isu ini bertambah sensitif kerana ia melibatkan orang Melayu, fenomena urbanisasi, kemajuan dan masa depan bagi generasi-generasi akan datang.
Antara cadangan yang dikemukakan dahulu ialah membangunkan Kampong Baharu dengan seboleh mungkin mengekalkan ciri-ciri asalnya, membina stadium untuk meningkatkan nilai hartanah, dan membangunkan kawasan itu sebagai “pembangunan bercampur” yang mempunyai rumah, kondominium, dewan, pasaraya, kawasan membeli belah dan sebagainya. Namun pelan pembangunan yang digambarkan itu masih tidak dapat diterima oleh pemilik dan penduduk di sana kerana faktor harga tanah yang ditawarkan kerajaan, nilai sentimental, dan kebimbangan-kebimbangan lain.
Secara umum kebnayakan rungutan berkisar pada kebimbangan terlepasnya kawasan itu kepada kelompok pemodal-ahli politik yang dikatakan akan mengaut keuntungan dengan mengenepikan kepentingan penduduk dan pemilik tanah Kampong Baharu.
Kini, kerajaan di bawah Pakatan Harapan mengemukakan formula baru bagi menyelesaikan isu pembangunan Kampong Baharu. Menteri Wilayah Persekutuan telah mencadangkan supaya pemilik tanah di kampung itu menjual tanah tersebut kepada kerajaan pada harga RM 850 sekaki persegi.
Beliau telah menjelaskan secara panjang lebar tentang faedah yang bakal dinikmati sekiranya tawaran tersebut diterima. Selain mendapat wang tunai dalam jumlah yang tinggi, mereka juga boleh membeli hartanah di kawasan itu dan menyewakannya untuk mendapatkan pendapatan berterusan. Sebagai contoh satu lot tanah 4000 kaki persegi boleh membawa pulangan RM 3.4 juta kepada pemiliknya.
Dengan jumlah itu penerima pampasan boleh membeli 10 buah rumah pada harga RM 300,000 ke RM 350,000 se unit. Pilihan lain ialah membeli beberapa unit rumah dan baki wang dilaburkan di dalam perniagaan lain.
Harus diingat tanah Kampong Baharu adalah berstatus tanah Melayu, ia tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.
Ramai orang melihat status tanah Kampong Baharu sebagai halangan kepada kemajuan ekonomi orang Melayu khususnya mereka yang memiliki tanah di situ. Mereka membuat perbandingan dengan tanah-tanah sekitar terutama di seberang sungai yang memasuki kawasan tiga segi emas Kuala Lumpur. Harga tanah dalam kawasan seberang sungai di Jalan Ampang memanglah tinggi sehingga mencecah lebih RM 2000.00 se kaki persegi. Tetapi apakah wajar perbandingan sedemikian dibuat?
Saya mempunyai pandangan berbeza dalam isu ini. Apabila status tanah Kampong Baharu disebut sebagai milikan Melayu dan kekal selama-lamanya sebagai tanah orang Melayu – sepertimana termaktub dalam hak milik yang dikeluarkan di bawah Malay Agricultural Settlement - sebenarnya ia menjadi satu kelebihan bagi orang Melayu sendiri. Kalau diselidiki, tiada banyak tanah yang dimiliki orang Melayu di bandar raya metropolitan seperti Kuala Lumpur. Kenapakah jumlah tanah yang kecil ini tidak dipertahankan untuk orang Melayu sampai bila-bila?
Sebenarnya di sebalik pengwujudan kelas tanah yang dipanggil “Tanah Rezab Melayu” atau dalam kes Kampong Baharu, Malay Agricultural Settlement, terdapat hikmah yang tidak dikesan selama ini, iaitu nilai tanah yang rendah dan amat berpatutan bagi komuniti orang Melayu yang kurang mampu membeli hartanah yang mahal. Tujuan penjajah Inggeris mewujudkan tanah jenis ini dikatakan adalah bagi mempastikan orang Melayu mempunyai tanah mereka sendiri yang tidak boleh ditukar hakmilik kepada kaum lain.
Ini sepatutnya menjadi “plus point” bagi orang Melayu kerana ia menjamin kekalnya hartanah dalam tangan mereka sampai bila-bila. Di sinilah saya rasa agak pelik kenapa terdapat orang Melayu yang tidak berpuashati dengan nilai harga bagi tanah yang dikhaskan kepada mereka – yang cukup rendah berbanding tanah-tanah lain yang disifatkan “komersil” - sedangkan sebagai Muslim yang mahu “kembali kepada Islam sebagai penyelesaian” mereka tidak memikirkan tentang satu sistem yang diasaskan kepada pemilikan tanah rezab Melayu dan seumpamanya sebagai jalan untuk mempastikan mereka menikmati kehidupan yang selesa di kawasan bandar bukan sahaja bagi generasi mereka tetapi generasi akan datang?
Umum mengetahui bagaimana kemampuan orang Melayu untuk membeli rumah di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur adalah amat terhad. Kalau dalam konteks Kuala Lumpur kebanyakan mereka tinggal di kawasan tradisional seperti Kampong Baharu, Kampung Dato Keramat dan “kampung-kampung” lain yang masih kekal ciri-ciri lamanya yang dikira tidak sesuai dengan ciri kepesatan pembangunan di kawasan sekitar. Tetapi jangan lupa keadaan ini sebenarnya adalah lebih menguntungkan bagi orang Melayu dalam jangka panjang sekiranya mereka menggunakan nilai-nilai Islam dalam mencari penyelesaian.
Saya tidak mahu memperincikan bagaimana nilai-nilai Islam itu berperanan dalam sistem ekonomi masyarakat Islam, cuma menegaskan orang Melayu perlu berpegang kepada nilai-nilai itu dalam melihat persoalan pembangunan di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Walaupun tidak salah mencari keuntungan, tetapi keuntungan melampau yang boleh membawa sengsara kepada generasi kemudian tidaklah wajar. Dan sistem kapitalis yang wujud sekarang sebenarnya merupakan antara sebab kenapa orang Melayu tertekan sehingga sukar memiliki rumah di kawasan bandar.
Oleh itu menggunakan aset tanah yang terhad hak miliknya – kalangan Melayu sahaja – sebagai alat untuk mengekalkan kepentingan Melayu dalam aspek hartanah di bandar besar semestinya dilakukan.
Ia bermakna orang Melayu Kampong Baharu dan di tempat lain yang mempunyai tanah berstatus rezab Melayu perlu membangunkan tanah-tanah mereka dengan konsep tersendiri yang bebas daripada falsafah pembangunan/kemajuan kapitalis, sebaliknya berpegang kepada falsafah “tolong-menolong dalam melakukan kebajikan/kebaikan” (ta’awanu-alal- birr) di mana kebajikan/kebaikan adalah membangunkan kaum sendiri supaya ia berterusan dan berkekalan. Sudah tentu nilai harga yang tinggi atau hampir sama dengan nilai harga “komersil” yang diamalkan di luar sana menurut sistem kapitalis akan menyukarkan orang Melayu memiliki rumah atau hartanah.
Bukan sahaja itu ia turut memperkukuh sistem kapitalis yang menindas itu sementara golongan yang tiada modal dan wang terus berada dalam cengkaman kemiskinan dan ketiadaan harta.
Kaedah yang tidak menggunakan pendekatan kapitalis ini akan kekal memberi faedah kepada masyarakat Melayu dari segi pemilikan rumah dan harta di tengah-tengah bandar besar. Itulah sebabnya pihak kerajaan dalam mengemukakan cadangannya memaklumkan perlunya harga pembelian tanah dikekalkan rendah agar penjualan semula kepada pihak lain tidak menjadi sukar.
Kalau sistem bebas kapitalis diguna pakai harga akan melambung tanpa kawalan dan orang Melayu juga akan rugi akhirnya. Risiko hartanah tak terjual akan berlaku dan pemaju akan gulung tikar dan harta tersbut menjadi gajah putih.
Cadangan kerajaan Pakatan Harapan agar orang Melayu di Kampong Baharu menerima harga yang lebih rendah berbanding harga “pasaran” (baca pasaran kapitalistik seperti di segi tiga emas Kuala Lumpur) bagi tanah-tanah mereka adalah lebih hampir kepada konsep kelangsungan hak milik untuk jangka panjang dan nilai Islam tentang “menolong dalam kerja kebajikan”. Tentunya pemilik dan penduduk sana sekarang akan berpuashati sekiranya semua jenis bangunan, kondominium dan lain-lain di kawasan mereka diduduki oleh orang Melayu. Harga se unit kondo dianggarkan RM 300 ribu adalah dalam kemampuan orang Melayu untuk dimiliki tanpa beban hutang yang besar. Dan bagi pemilik yang akan menerima wang pampasan dalam jumlah yang agak besar boleh menggunakannya untuk menjana pendapatan baru selain membuat tabungan bagi membantu mereka yang memerlukan di kawasan tersebut, selain berwakaf bagi generasi akan datang.
Andaikata kerajaan Pakatan Harapan dapat membangunkan Kampung Baharu dengan jayanya, melalui partisipasi penuh penduduk dan pemilik tanah, dan menjamin kelangsungan warisan Melayu bukan sahaja dari segi ciri-ciri keMelayuannya tetapi yang lebih utama mempastikan generasi-generasi akan datang terus duduk kekal di sana dan menikmati kehidupan di tengah-tengah bandar raya metropolitan Kuala Lumpur yang canggih, ia akan terus dilihat sebagai mempunyai agenda memperkasa orang Melayu. Tidak berlaku apa yang ditakuti oleh ramai orang Melayu – kehilangan khazanah Melayu di tengah-tengah bandar raya terbesar di Malaysia kerana ditelan arus pembangunan kapitalistik yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Penulis adalah bekas Profesor Madya di Universiti Teknologi Malaysia

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.