https://critoxium.com/shop/

Terkini

Prk Tanjung Piai : Mana Tuan Mufti Yang Bijaksana?

Oleh Mohd Sayuti Omar

Teringin juga kita nak dengar nasihat hukum daripada Mufti berhubung janji calon MCA untuk menghantar orang pergi umrah kalau dia menang dalam pilihan raya. Apakah janji itu tidak termasuk dalam perjudian kerana menyertai pilihan raya itu ada elemen perjudian bila ia dikenakan deposit?

Demikian juga dengan seruan lebai berserban berpulas yang ajak orang mengundi calon bukan Muslim dengan meninggalkan calon Muslim.

 Apa pandangan hukum dari pinggi minda tuan Mufti?

Kenapa Tuan Mufti yang bijak pandai diam membisu. Apakah Mufti juga terkena sihir pantun Tok Dor? Sekala cepat sangat menjampuk.

Mufti yang bernar, yang berani yang ikhlas dan yang berkhidmat dengan nama Allah, tidak sepatunya buat-buat tak dengar atas alasan tak mahu campur politik. Sebaik-baiknya Mufti berada di garis tengah yang lurus.

Mufti jangan buka sela depan pulut hingga lupa kepada kepentingan agama. Trims.



Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.