Nak jadi PM ikut cara betul, bukan dengan pakatan sulit: Anwar
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim tidak menghalang sesiapa berminat untuk menjadi perdana menteri
walaupun sebelum ini telah dipersetujui Pakatan Harapan (PH) bahawa
beliau bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, katanya perkara itu perlu dilakukan mengikut cara yang
betul bukan menerusi pakatan dengan mana-mana kelompok mahupun dengan
mengadakan mesyuarat sulit dengan pihak tertentu.
Ahli Parlimen Port Dickson juga berkata, sebarang cubaan dibuat menerusi saluran tidak betul akhirnya akan mengalih tumpuan dan tanggungjawab sepatutnya diberikan kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.
“Sebenarnya saya tak fikir ini satu masalah pun. Saya tidak
juga halang sesiapa lain yang berminat, tapi ikut jalur biasa, kalau
tidak nanti kita kena pakat dengan kelompok itu, kelompok ini, mesyuarat
sulit sana, sini, jadi tak tumpu kerja,” katanya dalam sidang media di
lobi Parlimen hari ini.
Menurut Anwar, tugas yang sepatutnya dilakukan semua pihak dalam PH adalah mengambil langkah efektif setelah kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini.
“Apa masalahnya? Masalah rakyat. Ekonomi harus dibangunkan, masalah rakyat harus diselesaikan. Kalau kita (Pakatan Harapan) tak belajar lagi dari pukulan teruk di Tanjung Piai, parah kita,” katanya.
Anwar turut melahirkan rasa kesalnya kerana ada dalam kalangan ahli PH memandang remeh kekalahan besar di kawasan Parlimen itu sehingga menumpukan kepentingan diri sendiri dan mencari pengaruh untuk mengukuhkan kedudukan.
“Ini masalah saya lihat setelah Tanjung Piai, ada orang anggap tak ada apa-apa berlaku. Padahal Tanjung Piai itu dalam sejarah, satu kejutan luar biasa iaitu kebangkitan rakyat menggunakan peti undi untuk beri mesej jelas kepada kita.
“Jadi dalam PH mesti ada sikap rendah diri, nampak rakyat
gelisah marah atau protes atau nak ajar kita, maka belajarlah cepat.
Kalau masih lagi cara begini, pamer kuasa masing-masing, nak agih
projek, nak beli orang, guna berita palsu. Ini semua tak bantu kita,”
katanya.
Sementara itu, beliau juga enggan melayan sebarang berita yang tular mengenai peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepadanya kerana perkara itu telah disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.
Mengulas mengenai mesej yang tersebar mengenai keberadaannya di Istana Negara pagi tadi, Presiden PKR itu berkata, ia hanya berita palsu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak mempunyai pengaruh semata-mata untuk melaga-lagakan.
“Ini cuma percubaan untuk laga-lagakan dalam kalangan yang tiada kekuatan, bila tiada kekuatan, dia akan gunakan fitnah dan penipuan,” katanya.
Ahli Parlimen Port Dickson juga berkata, sebarang cubaan dibuat menerusi saluran tidak betul akhirnya akan mengalih tumpuan dan tanggungjawab sepatutnya diberikan kepada rakyat sebagai sebuah kerajaan.
Menurut Anwar, tugas yang sepatutnya dilakukan semua pihak dalam PH adalah mengambil langkah efektif setelah kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai baru-baru ini.
“Apa masalahnya? Masalah rakyat. Ekonomi harus dibangunkan, masalah rakyat harus diselesaikan. Kalau kita (Pakatan Harapan) tak belajar lagi dari pukulan teruk di Tanjung Piai, parah kita,” katanya.
Anwar turut melahirkan rasa kesalnya kerana ada dalam kalangan ahli PH memandang remeh kekalahan besar di kawasan Parlimen itu sehingga menumpukan kepentingan diri sendiri dan mencari pengaruh untuk mengukuhkan kedudukan.
“Ini masalah saya lihat setelah Tanjung Piai, ada orang anggap tak ada apa-apa berlaku. Padahal Tanjung Piai itu dalam sejarah, satu kejutan luar biasa iaitu kebangkitan rakyat menggunakan peti undi untuk beri mesej jelas kepada kita.
Sementara itu, beliau juga enggan melayan sebarang berita yang tular mengenai peralihan kuasa dari Dr Mahathir kepadanya kerana perkara itu telah disepakati sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.
Mengulas mengenai mesej yang tersebar mengenai keberadaannya di Istana Negara pagi tadi, Presiden PKR itu berkata, ia hanya berita palsu yang dicetuskan oleh pihak yang tidak mempunyai pengaruh semata-mata untuk melaga-lagakan.
“Ini cuma percubaan untuk laga-lagakan dalam kalangan yang tiada kekuatan, bila tiada kekuatan, dia akan gunakan fitnah dan penipuan,” katanya.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.