https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerajaan tidak berhasrat wajibkan CRS pada jenis kenderaan lain - Loke

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau 'Child Restraint System' (CRS) pada medium kenderaan lain termasuklah bas dan ambulans.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.

"Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama ini, kita hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.

"Ini kerana untuk melaksanakan langkah baharu, ia bukan mudah dan memang sukar ...maka kita mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian ini dan kemudiannya kita akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat agensi berita itu ketika ditanya mengenai pelan masa hadapan penggunaan CRS, contohnya di dalam ambulans dan bas.

Berhubung isu harga CRS yang dikatakan agak mahal hinggakan menjadi kerisauan orang ramai, Loke berkata ia akan mengalami penurunan harga apabila berlakunya peningkatan permintaan dan juga penawaran.

"Kita akan ambil langkah bagi mengurangkan kos untuk memiliki CRS termasuklah penglibatan daripada pihak swasta ...namun sudah tentu apabila kita mewajibkan peraturan ini maka akan mewujudkan pasaran yang besar sebab setiap orang memerlukan kerusi ini dan kita akan lihat penurunan harga dan penawaran yang banyak," katanya.

-- BERNAMA

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.