Kerajaan akan menamatkan pemberian "bayaran insentif perkhidmatan
kritikal" kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang
menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan.
Mereka yang sudah
menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja
kontrak yang kontraknya telah diperbaharui.
Langkah itu diumumkan pada pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember.
Bayaran
insentif perkhidmatan kritikal itu merupakan satu daripada sembilan
elaun yang akan dihentikan pembayaran oleh kerajaan, termasuk elaun
hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa
Inggeris.
JPA berkata jabatan itu mungkin akan meluluskan penerima elaun sedia ada dalam lapan kategori elaun lain akan terus menerimanya.
Menurut
soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling JPA, jumlah elaun
perkhidmatan kritikal antara 5 hingga 15 peratus berdasarkan gaji asas
penerima, dengan jururawat mendapat jumlah tertinggi (15 peratus).
Sementara itu, pegawai perubatan, ahli farmasi dan pensyarah di kedua bidang ini menerima kadar rata RM750.
Soalan
Lazim (FAQ) itu menyatakan bahawa elaun kritikal diperkenalkan oleh
kerajaan pada tahun 1992 untuk kerja-kerja yang sukar diisi dan
mempunyai pengambilan yang rendah.
Bagaimanapun,
tinjauan 2019 mendapati bahawa pekerjaan ini tidak lagi memenuhi
kriteria tersebut. Berikutan itu, jawatankuasa kabinet mengenai
perkhidmatan awam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad memutuskan bahawa penerima elaun sedia ada akan terus menerima
elauan berkenaan, tetapi bukan untuk pekerja baru.
FAQ JPA itu menyatakan ia tertakhluk kepada semua 33 skim perkhidmatan awam yang kini menerima elaun perkhidmatan kritikal.
Walau bagaimanapun, laman berita industri kesihatan Code Blue menyorot laporan Jabatan Audit Negara menyenaraikan 38 skim yang menerima elaun tersebut.
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengulas penamatan elaun itu pada ciapannya di Twitter dengan keluhan: "Aduh!"
Pemansuhan
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) adalah langkah penjajaran
pelaksanaan pemberian oleh Kerajaan. Penjelasannya dikeluarkan oleh JPA
menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bil 10 Thn 2020. Pemansuhan terpakai
ke atas KKM & kesemua 33 skim Perkhidmatan Awam..Aduuh! pic.twitter.com/FZa7NYdV3j
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam
ciapannya di Twitter semalam berkata beliau tidak bersetuju dengan
langkah mengakhiri pembayaran elaun kritikal itu.
"Kita patut kaji semula segala elaun yang diberi kepada ahli politik dan menteri seperti saya," katanya.
Katanya,
para doktor, jururawat dan mereka yang berada dalam sektor kritikal
sudah terlalu banyak terlebih bekerja tetapi kurang dibayar.
Syed
Saddiq kemudian berikrar untuk mengurangkan jumlah cuti tahunan yang
beliau ada, serta akan memulangkan "setiap sen" yang beliau terima
melalui elaun percutian. Katanya lagi, beliau akan memastikan elaun lain
turut dikurangkan juga.
Potong allowances Ahli Politik & menteri, Bukan allowance kritikal bagi doktor, pharmacist, nurses muda.
Saya bantah pekeliling baru JPA yang melibatkan banyak anak muda dalam sektor kerajaan.
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menyindir ciapan
Syed Saddiq, bekata menteri itu perlu menghantar pesanan WhatsApp kepada
rakan sekerjanya yang sibuk bercuti mengenai pemotongan elaun tersebut.
Pada
hantarannya di Facebook semalam, Najib turut mempersoalkan mengapa
elaun perkhidmatan kritikal bagi doktor dalam perkhidmatan awam
dipotong, ketika mana klinik swasta kini bebas menetapkan bayaran yuran
konsultasi sebanyak mana pun.
"Saya harap tidak akan berlakunya
keadaan di mana klinik dan hospital kerajaan tak cukup doktor atau
jururawat dan rakyat terpaksa melawat klinik serta hospital swasta yang
telah dinaikkan caj," kata beliau.
Dalam satu kenyataan
semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula menggesa
supaya elaun khidmat kritikal itu dikembalikan semula, berkata
pemotongan itu tidak munasabah berbanding keadaan yang dihadapi oleh
penjawat awam terlibat.
Sementara
itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pada hantarannya di Twitter
berkata keputusan menghentikan pembayaran elaun kritikal akan mematahkan
semangat para profesional perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sudah
banyak terbeban dengan kerja lebih masa, kurang kakitangan dan bayaran
gaji rendah.
K'jaan tamatkan beri elaun khidmat kritikal untuk doktor, profesional baru
Reviewed by editorreformis
on
Disember 26, 2019
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Sheridan Mahavera TAHUN lalu, pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.