Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Dr Mujahid Yusof pada Isnin mempersoalkan motif kumpulan bekas
penjawat awam (G25) yang terus membangkitkan isu berhubung penubuhan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) walaupun mereka telah diberikan
penjelasan terperinci sebelum ini.
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.
"Saya tidak faham kenapa isu
ini masih berlegar. Ini bukan soal mereka (G25) tidak hormat Islam,
tetapi persepsi yang dibina boleh menimbulkan rasa khuatir pihak
tertentu kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita selepas
majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana
Menteri di sini pada Isnin.
Media pada Sabtu melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tidak mengikut perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.
Mujahid menjelaskan kewujudan Jakim adalah berkaitan pentadbiran agama
di peringkat Persekutuan, bermula sebagai Unit Agama Jabatan Perdana
Menteri dan bertukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum
dinaik taraf kepada sebuah jabatan dikenali sebagai Jakim pada 1997.
Mengenai peruntukan RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion yang diterima Jakim pada 2019 dan tahun ini, Mujahid menjelaskan 60 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji imam dan guru agama di seluruh negara, manakala baki 40 peratus untuk urusan pentadbiran Jakim termasuk gaji kakitangan.
-- BERNAMA
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.
Media pada Sabtu melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tidak mengikut perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.
Mengenai peruntukan RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion yang diterima Jakim pada 2019 dan tahun ini, Mujahid menjelaskan 60 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji imam dan guru agama di seluruh negara, manakala baki 40 peratus untuk urusan pentadbiran Jakim termasuk gaji kakitangan.
-- BERNAMA




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.