SERDANG: Kawalan di semua pintu masuk negara diperketatkan bagi
mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin, termasuk pelancong warga
China dan India yang dikesan terus tinggal di negara ini.
Ketua
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairil Dzaimee Daud,
memaklumkan pihaknya akan mengadakan pemeriksaan teliti di sempadan
negara bagi memastikan warga asing yang masuk menggunakan pas lawatan
sosial mengikuti peraturan ditetapkan.
“Individu
menggunakan pas terbabit wajib mempunyai tempat tinggal sepanjang tempoh
berada di sini seperti hotel dan mempunyai kewangan yang kukuh bagi
menampung perbelanjaan mereka.
“Malahan, mereka perlu
mengemukakan sekali tiket penerbangan pulang ke negara asal sebagai
syarat menggunakan pas lawatan sosial di negara ini,” katanya kepada
pemberita selepas mengetuai operasi Imigresen di bangunan komersial
serta kediaman di Puchong, di sini, hari ini
.
Dalam serbuan
itu, 87 warga China tanpa dokumen perjalanan yang sah dan disyaki
terbabit dalam kegiatan penipuan dalam talian ditahan.
Mengulas
lanjut mengenai operasi berkenaan, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya
bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara bagi
mengesan sindiket penipuan didalangi warga asing.
Sementara
itu, seramai 195,471 pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh
negara berdaftar dalam program Back For Good (B4G) yang berakhir,
semalam.
Beliau memaklumkan daripada jumlah itu, 165,040 PATI sudah dihantar pulang ke negara masing-masing.
“Setakat
ini, 30,431 PATI masih menunggu untuk proses penghantaran pulang ke
negara mereka. Ia bergantung kepada tarikh tiket penerbangan yang
diambil.
“Lima negara yang merekodkan jumlah PATI paling
ramai berdaftar dalam program ini adalah Indonesia, Bangladesh, Myanmar,
India dan Pakistan yang kebanyakan terdiri daripada golongan pekerja,”
katanya.
Imigresen turut mengesan kewujudan ‘ulat’ yang
berperanan sebagai perantara bagi mempercepatkan proses urusan
pendaftaran program terbabit.
Beliau menjelaskan, lima
individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan untuk
diambil keterangan selepas didapati menjadi perantara atau ejen bagi
urusan pendaftaran program berkenaan.
“Mereka didapati melakukan kegiatan itu (sebagai perantara) di pejabat Imigresen di Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya.
Pada
18 Julai lalu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan program B4G bermula 1 Ogos hingga 31 Disember yang bertujuan
mengurangkan jumlah PATI di negara ini.
PATI berkenaan
hanya perlu mendapatkan dokumen pengenalan diri yang lengkap daripada
kedutaan besar dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi masing-masing serta
menyerahkannya kepada pejabat Imigresen untuk diproses.
Selain itu, mereka perlu menyediakan bayaran kompaun RM700 dan menunjukkan tiket penerbangan ke negara asal bagi tujuan itu.-B/Harian
Kawalan pintu masuk negara diperketatkan
Reviewed by BudakJalanan
on
Januari 01, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Sheridan Mahavera TAHUN lalu, pemimpin DAP Liew Chin Tong meramalkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan sepenggal...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.