https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kehilangan Besar Dalam Usaha Reformasi Pendidikan Malaysia


1. Rakan Siswa YADIM (RSY) mengambil cakna berkaitan peletakan jawatan YB Dr Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Semenjak beliau memikul amanah sebagai Menteri Pendidikan, pelbagai inisiatif yang progresif telah disumbangkan oleh beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia. (KPM)

3. Tema bagi pencapaian tahun 2019 KPM iaitu “Pendidikan Untuk Semua” membuktikan berlakunya reformasi sistem yang cemerlang dengan 53 perubahan penting melalui 5 fokus utama telah berjaya dilaksanakan.

4. Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM (MPT RSY) menyokong segala dasar-dasar yang digagaskan oleh beliau antaranya dasar inklusif yang diperkenalkan untuk memberi fokus kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK), golongan B40, anak-anak tanpa dokumen serta “zero reject policy” bagi semua golongan ini turut mendapatkan pendidikan yang sempurna.

5. LIMA teras perubahan dibawah “Kualiti Pengajaran & Pembelajaran” yang melibatkan Reformasi Sistem, Reformasi Digital, Peningkatan Pencapaian, Sekolah Daif dan TVET membuktikan komitmen beliau dalam melakukan reformasi pendidikan bagi meletakkan semula peningkatan kualiti sebagai asas utama pendidikan.

6. Selain itu, beliau meletakkan tumpuan yang tinggi bagi “Autonomi & Akauntibiliti” pengajian tinggi dan aktivisme siswa dengan efektif dan proaktif, beliau juga agresif dalam mencipta “Malaysia Membaca” dengan tujuan murni untuk menyemarakkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia secara berterusan.

7. Meskipun begitu, kami MPT RSY menghormati keputusan yang telah dibuat oleh YB Dr Maszlee atas peletakan jawatan tersebut.

8. Perasaan hiba dan sedih bergelumang memikirkan apakah nasib pendidikan yang akan didasari oleh negara Malaysia setelah pengunduran YB Dr Maszlee.

9. Kebajikan rakyat yang menjadi niat mulia dan tujuan utama beliau adalah satu teras asas kearah reformasi pendidikan yang sedang berlaku dalam tempoh 20 bulan beliau berkhidmat sebagai menteri.

Terima Kasih Dr Maszlee Malik.

Majlis Pimpinan Tertinggi
Rakan Siswa YADIM (RSY)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.