Beberapa minit selepas
tengah malam pada Jun 1994, seorang wanita dan seorang temannya ditemui
mati di luar kediaman mereka di Brentwood, Los Angeles.
Wanita
tersebut - Nicole Brown Simpson - ialah bekas isteri kepada selebriti
terkenal Amerika, OJ Simpson. Lelaki itu bukan orang biasa-biasa. Dia
seorang pemain bola sepak Amerika yang memegang banyak rekod
kecemerlangan.
Selepas bersara, dia menjadi pelakon dan juga pengulas bola sepak Amerika di televisyen.
Dijadikan
cerita, Simpson - atau "The Juice" yang menjadi nama gelarnya - ialah
orang yang baran dan mempunyai sejarah keganasan domestik yang banyak
sepanjang tujuh tahun perkahwinannya dengan Nicole.
Simpson menjadi suspek utama pembunuhan tersebut dan dibicarakan. Perbicaraan kes itu sangat terkenal dan dianggap sebagai "the trial of century". Ia mengambil masa selama 11 bulan.
Apa
yang menarik - walaupun dengan bukti-bukti fizikal yang meyakinkan yang
dibawa oleh pihak pendakwaan - Simpson akhirnya didapati tidak bersalah
oleh mahkamah AS yang menggunakan sistem juri itu.
Selain
daripada sejarah baran, cemburu dan penderaan domestik Simpson itu,
antara bukti fizikal yang dikemukakan adalah kesan DNA dan jejak darah
dari tempat jenayah ke kereta Ford Bronco milik Simpson, hingga ke bilik
tidur di rumah mereka.
Jadi bagaimana si Simpson boleh terlepas?
Jawabannya: Kerana naratif yang dijual oleh pihak pembelaan lebih
'dibeli' oleh juri. Naratif apakah itu? Jawabnya: Naratif perkauman.
Kulit putih, kulit hitam berbeza
Perkauman
adalah perkara emosi dan ia sentiasa membutakan. "Game plan" atau
taktik pihak pembelaan Simpson adalah bermain dengan emosi itu.
Sementelah pula suasana perkauman di Los Angeles pada masa itu sangat
tebal.
Justeru Simpson - seorang kulit hitam yang berjaya dan
kaya-raya - dikatakan menjadi mangsa konspirasi Jabatan Polis Los
Angeles (LAPD). Lebih tidak membantu, apabila Mark Furhman - antara
pegawai polis terawal yang sampai di tempat jenayah dan menemukan bukti -
juga dibuktikan mempunyai rekod perlakuan rasis tersendiri.
Akibat
daripada naratif perkauman itu, apa yang paling mengesankan daripada
perbicaraan Simpson adalah, betapa terbahaginya pendapat orang ramai
kepada dua garis perkauman.
Orang kulit putih percaya
Simpson bersalah. Orang kulit hitam pula percaya dia tidak bersalah.
Padahal semua mengikuti perbicaraan yang sama dan melihat bukti-bukti
yang sama.
Dengan
kebijakan pasukan pembelaan Simpson yang diketuai oleh Jonnie Cochran,
mereka dari awal menyasarkan untuk memilih juri yang majoritinya
berkulit hitam. Dan juri itulah yang membebaskan Simpson.
Itulah,
keadilan jarang dicapai apabila perkauman menjadi naratif utama. Dan itu
yang membawa kita kepada hari ini. Tidak siapa tahu dengan jelas kenapa
Dr Maszlee Malik dinasihatkan untuk meletak jawatan.
Setakat ini
mungkin yang betul-betul tahu adalah Dr Mahathir Mohamad dan Maszlee
saja.
Kecualilah mereka mula membuka mulut bercerita, kerana kita tahu
kedua-dua mereka sudah dihurung ramai orang, sama ada yang mahukan
penjelasan, sekadar menghulur simpati, atau mencari peluang untuk
mengambil kesempatan.
Maka banyaklah spekulasi yang bertebaran
pada zaman semua benda diperolehi semudah satu sentuhan hujung jari ini.
Tetapi yang membimbangkan adalah, naratif yang paling nyaring - sekali
lagi - ialah perkauman.
DAP membuat laporan polis selepas ada pihak mendakwa kononnya MP Kulai, Teo Nie Ching akan menggantikan Maszlee.
Lihat
saja bagaimana lidah rasmi sebuah parti politik dengan cepat mengaitkan
DAP sebagai punca kepada tindakan Maszlee. Mereka melakukannya tanpa
terlupa untuk meletak tanda soal bagi melepaskan tanggungjawab kerana
mengemukakan idea berkenaan.
Di utara semenanjung, ada orang besar
agama bertemu dan berbincang. Bincang apa? Bincang untuk bergerak dan
bangkit menuntut pengharaman Dong Zong. Atas alasan apa? Pelampau
perkauman.
Seolah-olah di sini melampau menjadi Melayu itu tidak apa,
jangan melampau menjadi Cina.
DAP dan Dong Zong adalah jenama yang
'ringan di lidah, berat pada timbangan' untuk melariskan naratif
perkauman sempit di negara ini. Maka, kalau bukan mereka semata-mata,
siapa lagi?
Satu
naratif lagi adalah perseteruan Maszlee dengan cukong-cukong projek dan
kontrak tertentu. Dan cukong-cukong itu bukan dilihat sebagai sekadar
cukong. Mereka adalah cukong Cina.
Maka naratifnya
ialah, Cina lawan Maszlee. Justeru kita mesti pertahan Maszlee! Padahal
puak-puak itulah yang selama 20 bulan lalu tak henti-henti
memperlekehkan Maszlee.
Jangan, kawan-kawan. Kita adalah apa yang
kita percaya. Apa pun rasional dan bukti-bukti yang dibawakan oleh orang
lain, tak akan berbekas kalau kita memilih untuk memandang dengan mata
perkauman.
Saya tidak tahu bagaimana ketempangan ini mampu
diubah. Ramai orang kata, hanya ilmu dan pendidikan yang boleh
meluruskan kembali hal itu. Tapi sekarang pendidikan itulah yang
memecahkan kita pada hari ini.
Nasib baiklah saya tidak termasuk
dalam senarai calon Menteri Pendidikan yang baru. Jangankan menteri,
hendak jadi pegawai menteri pun jauh sekali.
Kepada bakal menteri pendidikan, berat kerjamu yang menanti. God bless you.
Kerana perkauman adalah kita
Reviewed by editorreformis
on
Januari 05, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh NORDEN MOHAMED | Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mer...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.