Utamakan Pakatan isi kekosongan Kabinet, kata Anwar
MANA-mana bekas pemimpin Umno tidak seharusnya dilantik menganggotai
Kabinet kerana keutamaan harus diberikan kepada pemimpin sedia ada
daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Anwar Ibrahim.
“Secara konvensyennya adalah menjadi kuasa budi bicara
perdana menteri untuk isi kekosongan tapi ini terserah kepada beliau dan
pimpinan PH kalau nak adakan perbincangan,” kata Anwar, lagi.
Presiden PKR diminta mengulas ura-ura bekas pemimpin
Umno akan dilantik menjadi menteri pendidikan menggantikan Maszlee Malik
yang letak jawatan minggu lalu.
“Ini kerajaan Pakatan Harapan, dalam Pakatan Harapan,
semangat Pakatan Harapan, manifesto Pakatan Harapan, itu lebih utama,”
kata Anwar kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis
penyampaian anugerah pelajar cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Selangor di Serdang, hari ini.
Anwar bagaimanapun berkata keputusan melantik pengganti
Maszlee adalah budi bicara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, dan
menegaskan dirinya tidak tersenarai untuk mengisi jawatan tersebut.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.