SOKONGAN pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan berada pada “tahap
getir” disebabkan kebangkitan politik identiti dan kurang kepercayaan
antara kumpulan etnik, kata laporan terbaru Merdeka Centre.
Dalam laporan Januari bertajuk “Malaysia Political Developments and
Trajectories Update”, pusat kajian itu berkata sokongan awam terhadap
dasar kerajaan masih lagi dipengaruhi pelbagai faktor sosio ekonomi.
“Keyakinan naik seketika selepas pilihan raya 2018 tetapi sejak itu
merudum selepas pengenalan cukai jualan, pemotongan subsidi, penangguhan
janji pilihan raya, dan kelembapan ekonomi,” katanya.
“Kadar perubahan yang perlahan tetapi kitaran berita yang sangat pantas pula membentuk tanggapan yang PH tidak banyak berusaha.
“Pembangkang dikukuhkan dengan kerjasama BN dan PAS; memaksa PH
menangguhkan beberapa pembaharuan (seperti ratifikasi Icerd). Ini adalah
ancaman sebenar di 122 kerusi Melayu,” tambahnya.
Laporan itu berdasarkan tinjauan dijalankan pada minggu akhir bulan November lalu.
PH kini memegang 139 daripada 222 kerusi Parlimen, Barisan Nasional
(41) dan PAS pula memegang 18 kerusi. Manakala, Gabungan Parti Sarawak
(GPS) pula memegang 18 kerusi.
Merdeka Centre juga mendapati isu kaum dan agama semakin banyak
dimainkan dan boleh mendapat tempat dalam kalangan pengundi melainkan PH
menangani punca sebenarnya seperti isu ekoomi, pekerjaan dan
pertumbuhan gaji yang terbantut.
Pesaing PH juga mengemukakan cabaran hebat setiap hari, terutamanya
daripada kumpulan hak Melayu manakala janji populis yang dibuat sebelum
ini membentuk harapan palsu yang menimbulkan kemarahan, kata laporan itu
lagi.
Merdeka Centre menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan
kekurangan sokongan orang Melayu kepada PH seperti: PH kurang berhubung
dengan akar umbi Melayu; kelemahan jentera akar umbi Melyu di Bersatu,
Amanah dan PKR; tarikan kuat ideologi Umno dan PAS; serta mesej pelbagai
budaya diberikan PH yang gagal diterima orang Melayu.
Sementara itu, politik identiti juga semakin mendapat tempat, kata
laporan itu lagi: “Umno dan PAS menyedari dengan bekerjasama, mereka
boleh mendapat sokongan majoriti Melayu dan merampas sekurang-kurangnya
30 kerusi Parlimen (berdasarkan PRU2018).”
Manakala, kerajaan PH yang bergelut tekanan berterusan menangani
hakisan sokongan pengundi Melayu mencetuskan konflik dalaman dengan
parti bukan Melayu dalam pakatan itu.
Bagaimanapun, laporan mengakui kerjasama PAS dan Umno dibuat kerana
kepimpinan dan kedua-dua parti itu berdepan “tekanan hebat” untuk
mengekang kehilangan percaya dalam kalangan ahlinya.
“(Kerjasama Umno-PAS) dilihat digunakan pemimpinnya untuk melindungi
kepentingan peribadi berbanding parti. Ia mungkin memberikan alasan
kepada kumpulan tidak berpuas hati daripada keluar Umno dan masuk
Pakatan Harapan/Bersatu.”
Pakatan berdepan 'cabaran sebenar' di 122 kerusi Melayu
Reviewed by editorreformis
on
Januari 05, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh NORDEN MOHAMED | Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mer...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.