DR Maszlee Malik letak jawatan sebagai menteri pendidikan Khamis lalu
selepas menerima sepucuk surat daripada Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad yang menasihatinya supaya berundur dari kabinet.
Dalam surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Dr Mahathir
meluahkan kekecewaannya terhadap Maszlee yang dianggap sering membuat
keputusan yang meletakkan kerajaan “dalam keadaan sukar.”
Dr Mahathir menyebut bagaimana Maszlee mempunyai fikirannya sendiri
yang seringkali bertentangan dengan nasihat beliau, malah dalam beberapa
keadaan, bercanggah dengan pandangan Jemaah Menteri.
Perdana Menteri menyenaraikan beberapa isu, antaranya, pengajaran
tulisan Jawi, pembekalan perkhidmatan Internet di sekolah, dan program
sarapan percuma di sekolah rendah yang bermula hujung bulan ini.
Pada akhir surat itu 17 perenggan itu, Dr Mahathir menyuarakan
pandangan “sudah tiba masanya untuk Yang Berhormat (Maszlee)
mengundurkan diri dari kabinet.”
The Malaysian Insight difahamkan surat bertarikh 27 Disember 2019
dihantar ke pejabat Maszlee pada tarikh yang sama. Maszlee ketika itu
sedang bercuti bersama keluarga di Amerika Syarikat.
Semasa mengumumkan peletakan jawatan, Maszlee turut menyebut tiga isu yang sama yang disentuh dalam surat berkenaan.
“Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama
melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma,” katanya,
dalam kenyataan yang dibaca pada sidang media di Kementerian Pendidikan, Khamis lalu.
Maszlee sendiri menyebut beliau letak jawatan selepas dinasihati oleh perdana menteri.
“Atas nasihat beliau (Dr Mahathir) yang merupakan bagi saya seorang
ayahanda, pemimpin dan seorang negarawan ulung, dan di atas dasar
ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya
dengan hati yang redha walaupun berat, dengan nasihat Perdana Menteri,
saya Maszlee Malik memulangkan semula jawatan sebagai Menteri Pendidikan
kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya. Mula sejak isu UIAM
The Malaysian Insight difahamkan pertembungan antara Maszlee dengan
Dr Mahathir dan Jemaah Menteri bermula seawal September 2018 susulan isu
kedudukan beliau sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
Pelantikan beliau umumnya disambut baik oleh warga UIAM tetapi
dikritik oleh pelbagai pihak lain yang menganggapnya bertentangan dengan
manifesto Pakatan Harapan mahu membebaskan institusi pendidikan
daripada politik.
The Malaysian Insight pernah melaporkan Maszlee dinasihati oleh pimpinan Pakatan Harapan supaya melepaskan jawatan itu tetapi beliau meminta masa untuk mencari penggantinya.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian membuat kenyataan menggesa Maszlee “letak jawatan serta merta” kerana perkara itu sudah diputuskan oleh kabinet.
Pada awal Januari 2019, Maszlee mengesahkan beliau sudah melepaskan jawatan sebagai presiden UIAM.
Maszlee letak jawatan selepas terima surat daripada PM
Reviewed by editorreformis
on
Januari 05, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh NORDEN MOHAMED | Sekitar dua minggu lalu, telah muncul mesej tular kononnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa mer...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.