https://critoxium.com/shop/

Terkini

Senario baru dlm politik negara...

Oleh Md Zulaimi Kazin

Bila ada pemimpin atau berjawatan dalam PH buat salah tak sempat pembangkang nak buka mulut, ahli dan penyokong hentam dulu.

SEBAB

Kita mahu dalam PH ini  semuanya baik- baik , kita harap tiada usaha dari kalangan atasan untuk tutup semua kes yang jelas dan terang itu.

Dalam apa isu jenayah dan moral kalau didapati bersalah WAJIB dipecat keahlian mereka tidak kira mereka itu YB atau siapa. Rasuah dan Pecah Amanah tiada kompromi.

BEZAKAN Politik PH dgn pembangkang.

Kalau hendakan negara kita benar- benar  pulih dan diyakini pelabur, ahli dan penyokong kena bersuara dan jangan sesekali halang kami bersuara kalau ada sesuatu yg pincang.

Kita tidak takut pada pembangkang tapi kami takut rakyat lihat PH sama saja dengan BN dulu, itu perkataan yg kami benci.

JADI kami akan terus menegur dan menentang sesuatu yg salah dan kami akan memberi sokongan penuh selagi PH berada pada paksi yg betul.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.