Surat Terbuka Untuk Yb Dr Maszlee Malik
Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia? Sentiasa menjadi persoalan namun bagi kita orang Islam semua ini adalah Rahsia Allah SWT.
Kami juga seperti YB DMM tidak pernah terfikir yang YB akan menjadi
Menteri Pendidikan, teringat kelibat DMM masa di Hotel Sheraton PJ hanya
bersahaja dengan penyokong2 PH lain meraikan kemenangan bersejarah.
Tidak nampak pun DMM cuba menonjolkan diri untuk pimpinan atasan PH
nampak agar dilantik menjadi menteri. Tapi itulah tuah yang ada pada
DMM.
Sebaik dilantik jadi Menteri Pendidikan, DMM terus menjalankan kerja dan menyususn jawatan2 penting di pejabat menteri untuk bantu DMM. Ya semua pegawai-pegawai yang dilantik semuanya bekerja keras bersama DMM untuk membina KPM dan hasilnya seperti yang DMM umumkan semalam sebelum mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Ramai yang tersentak dan mula sedar dan nampak kejayaan yang DMM bina di KMM untuk kemudahan guru2 dan pelajar seluruh Malaysia. Semuanya bersolidariti bersama DMM walaupun ramai kalangan mereka ini banyak menyerang DMM di media sosial. Guru2 pun ramai yang merungut sebelum ini akhirnya sedar dan terima perubahan yang DMM lakukan untuk pendidikan negara.
Sebagai akademis, mungkin DMM senang membaca dan merancana perubahan untuk warga pendidik dan pelajar namun DMM agak lalai sedikit bahawa dia juga adalah ahli politik. Menjadi seorang menteri tidak boleh keluar dari acuan politik. Pegawai2 kanan di Pejabat Menteri yang DMM lantik bukan kalangan orang politik maka banyak isu politik tidak diproses secara politik.
Dari isu pertama iaitu isu kasut hitam, ramai kalangan ahli politik menyerang dan mempersendakan DMM. Saya secara peribadi sdh nampak apa yang DMM hasratkan tetapi bila pelbagai pandangan mempertahankan kasut putih juga ada benarnya jadi isu ini terus menjadi serangan kpd DMM tanpa dijawab oleh pejabat menteri. Kawan saya tanya saya, kenapa tidak mahu kasut putih? Nak suruh pelajar malas dan tidak jaga kebersihan. Putih sesuai dengan sekolah sebagai menunjukkan kesucian (Putih dikaitkan dengan kesucian). Tapi baru semalam ramai yang jelaskan kenapa DMM mencadangkan kasut hitam sebab ramai ibu bapa miskin dikampung tidak mampu beli kasut lebih.
Kalau kasut hitam boleh digunakan untuk bersukan seperti main bola dan sebagainya disamping digunakan untuk masuk kelas. Maka rasional yang diberi DMM itu jauh lebih ke pendalaman sbb in i isu ibubapa miskin bukan isu bersih atau tidak bersih.
Isu JPN Kelantan, sebenarnya terlebih awal dari tahun2018 lagi DM hantar Ustaz Mahmud (SU Politik) untuk turun berjumpa dengan beberapa pegawai pendidikan dan guru untuk mendapat maklumat dan cari jalan penyelesaian untuk membina JPN baru di Kelantan. Silapnya Ustaz Mahmud turun disamping jumpa guru2 dan pegawai pendidikan tanpa turut sama jumpa pemimpin2 politik di Kelantan untuk ambil pandangan sama. Jadi saban hari isu JPN Kelantan makin panas dan panas sehingga perlantikan Pengaraj JPN Kelantan baru, itu ppun masih bercelaru sehinggan pimpinan PH Kelantan mengadakan pertemuan khas dengan DMM. Namun suara tidak puas hati tetap timbul hingga sekarang. Ada orang kuat PH marahkan saya kerana dilihat terlalu menyokong DMM sedangkan DMM tidak pedulikan PH Kelantan?
Silapnya disini, DMM tidak lantik pegawai2 khususnya SU Politik dikalangan mereka yang berpoengalaman dalam politik PH khususnya. Bagi DMM seolah2 politik ini hanya wujud di Simpang Renggam sahaja dan di KPM hanya fokus pada pendidikan semata2. Itu yang menjadi silap besar sebab itulah semua isu politik yang melibatkan DMM tidak diproses secara baio oleh pejabat Menteri Pendidikan. Peluang inilah diambil oleh "orang itu" untuk minta "ayahanda" nasihatkan DMM letak jawatan.
Tapi.... Ayahanda silap buat perhitungan ingat DMM akan bersendirian rupanya DMM mendapat gelombamg sokongan baru dari rakyat pelabagai pihak. TAPI untuk DMM naik dalam politik PPBM agar buntu sikit sebab selepas ini ramai yang akan sisihkan DMM dalam PPBM sbb PPBM itu adalah acuan UMNO.
Sebelum ini apabila ditanya saya pemimpin masa hadapan melayu adalah Rafizi, Husam, Izzah dan KJ namun hari ini saya berani masukkan seorang lagi iaitu YB Dr Maszlee Malik. Kita harapkan DMM akan kembali ke KPM untuk meneruskan agenda yang terhenti untuk pendidikan negara.
FB Md Zulaimi Kazin

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.