https://critoxium.com/shop/

Terkini

Terima kasih YB Dr Maszlee Malik atas sumbang bakti beliau

Perletakan jawatan YB Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang diumumkannya semestinya satu berita yang mengejutkan ramai pihak.

 Tidak terkecuali saya sebagai pemimpin muda yang mengikuti secara dekat agenda dan program yang dilakukan dalam tempoh 20 bulan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan. 

Penyertaannya ke arena politik juga satu keputusan besar yang dibuat beliau meskipun mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam dunia akademia.

Menonton sidang media beliau, sebahagian besar daripada ucapannya masih menyebut tentang pembaharuan dan reformasi yang dilakukannya dalam KPM. Ternyata semangatnya untuk terus berbakti masih utuh.

Apapun, ucapan terima kasih daripada kami buat YB Dr Maszlee Malik atas sumbang bakti beliau melakukan perubahan dalam KPM.

Tindakan beliau walaupun mengundang pelbagai polemik, tetapi jiwa besar yang ditunjukkan dalam mentaati pemimpin wajar dijadikan contoh buat semua khususnya pemimpin muda pada hari ini.

Semoga Dr Maszlee terus menyumbang kepada pembangunan negara demi mencapai matlamat Malaysia Baharu yang kita bina selama ini.

Terima kasih Dr Maszlee.

HASNUL ZULKARNAIN

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.