Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk
Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengetahui dakwaan wujud
akuan bersumpah (SD) yang bertujuan untuk menyokong Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal seperti yang
dilaporkan oleh Sarawak Report.
Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Saya tidak menerima sebarang
maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu)," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam
Budaya Damai 2020 di sini pada Rabu.
Pada Selasa, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.
Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, Pas,
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur
bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan
peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.
Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.
"Rakyat berdepan masalah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Ini mesti menjadi fokus utama kerajaan yang berkuasa sekarang.
"Saya sendiri secara peribadi telah memaklumkan kepada Perdana Menteri (mengenai pandangan fokus menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat).
"Saya menghargai penerimaan pandangan saya bahawa perkara itu sepatutnya menjadi tumpuan sepanjang masa oleh kerajaan," katanya
Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada Selasa, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.
Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.
"Rakyat berdepan masalah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Ini mesti menjadi fokus utama kerajaan yang berkuasa sekarang.
"Saya sendiri secara peribadi telah memaklumkan kepada Perdana Menteri (mengenai pandangan fokus menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat).
"Saya menghargai penerimaan pandangan saya bahawa perkara itu sepatutnya menjadi tumpuan sepanjang masa oleh kerajaan," katanya
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.