'Pemimpin politik main isu perkauman untuk kelirukan rakyat'
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk
Seri Anwar Ibrahim mendakwa isu perkauman sempit kerap dimainkan oleh
pemimpin politik yang terdesak bagi mengelirukan dan mendapatkan
sokongan ramai.
Beliau berkata, wacana berkaitan soal perkauman juga kini kerap dimainkan terutama dalam kalangan ahli politik yang sebelum ini berkuasa, mempamerkan kekayaan dan 'merompak' tetapi kini menggunakan isu berkenaan bagi menarik golongan miskin bersama mereka.
"Mereka menggunakan isu kaum
untuk mengelirukan orang ramai. Mengapa kita mahu membenarkan
peminggiran dan pengabaian (terhadap mana-mana kaum) sedangkan kita
mempunyai segala sumber.
"Mereka ini (yang terpengaruh dengan politik perkauman) sentiasa akan diperalatkan dan kekal dalam kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini pada Rabu.
Anwar berkata, prinsip kedamaian dan keadilan perlu diketengahkan
supaya nasib semua kaum di Malaysia yang berdepan kemiskinan lebih
terjamin.
Beliau berkata, wacana berkaitan soal perkauman juga kini kerap dimainkan terutama dalam kalangan ahli politik yang sebelum ini berkuasa, mempamerkan kekayaan dan 'merompak' tetapi kini menggunakan isu berkenaan bagi menarik golongan miskin bersama mereka.
"Mereka ini (yang terpengaruh dengan politik perkauman) sentiasa akan diperalatkan dan kekal dalam kemiskinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini pada Rabu.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.