Bukan mudah meluruskan pentadbiran lama
Oleh Khalid Abd Samad
KATA pepatah, ‘Meluntur buluh biar dari rebungnya’. Kata-kata hikmah turun menurun yang memahami apabila sesuatu itu sudah besar dan terbentuk, amat sukar untuk dibentuk kembali.
Ramai bergembira apabila keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dimaklumkan. Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya dijatuhkan dan Kerajaan Persekutuan yang baharu berjaya ditubuh.
Begitu juga pada peringkat negeri. Semua dimenangi Pakatan Harapan (PH) kecuali Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sarawak.
Malangnya, dalam suasana kegembiraan hasil pencapaian bersejarah itu, ramai terlepas pandang. Ia hanya permulaan bagi satu perjalanan yang masih panjang dan penuh pancaroba.
‘Perjalanan’ ini memerlukan supaya keinginan ke arah perubahan tidak pudar dan stamina serta kesabaran kekal tinggi, seperti tingginya semangat dan stamina pada mulanya zaman reformasi.
Kalau perjuangan untuk membawa pertukaran pucuk pimpinan mengambil sekian lama, begitu juga proses melaksanakan perubahan yang diinginkan. Ia diperlukan bukan sekadar dalam kalangan pemimpin, tetapi juga rakyat jelata kerana yang menyahut seruan ke arah perubahan ini dan memungkinkannya adalah rakyat jelata.
Perjalanannya bukan mudah kerana yang ingin diubah sudah lama terbentuk. Bagaikan ingin meluruskan yang sudah lama bengkok. Bukan lagi rebung, tetapi sudah bagaikan buluh hutan yang besar dan keras. Tidak boleh terlalu kuat dipaksa, takut nanti patah. Jangan terlalu lembut, takut nanti tidak berkesan.
Yang ingin diluruskan bukan sungai mahupun dahan pokok. Itu pun sudah cukup mencabar, tetapi lebih mudah berbanding perubahan yang ingin kita laksanakan sekarang.
Sungai atau dahan pokok akan akhirnya ikut juga apa yang diusahakan. Mereka tidak ada naluri dan kecenderungan sendiri. Apa yang perlu difahami adalah peraturan alam supaya proses perubahan itu akan berjaya.
Meluruskan pentadbiran dan pengurusan negara, lebih sukar daripada itu. Ia berhubung kait dengan manusia dan budaya kerja. Akan ada yang tidak setuju berubah, kerana sudah selesa dengan apa yang menjadi kebiasaan.
Ada juga yang bersemangat pada peringkat awal, tetapi tidak sabar dan tidak sanggup menghadapi kesusahan yang terpaksa dilaluinya sebelum perubahan itu tercapai.
Negara yang sudah lama tenggelam dengan amalan korupsi serta penyelewengan, sudah pasti ada kesan kepada kedudukan kewangannya.
Apabila pentadbiran baharu mengambil alih teraju kepemimpinan, ia akan cuba membetulkannya.
Maka rakyat akan dimaklumkan banyak masalah yang perlu ditangani.
Setiap kali masalah ditangani, rakyat juga akan berasa tempiasnya. Apabila dikurangkan pinjaman atau ditumpukan kepada penyelesaian hutang yang tertunggak, sudah pasti akan ada yang tidak dapat disediakan seperti sebelum ini.
Pentadbiran lama menyatakan tiada masalah, semuanya indah belaka. Sambil diberi secupak, dikautnya segantang. Pada masa sama dilakukan pinjaman, sama ada secara nyata atau tersembunyi.
Dalam rakyat ‘bergembira’, negara terjebak dalam pinjaman yang semakin membebankan.
Pentadbiran baharu boleh juga teruskan pendekatan lama di mana rakyat terus ditipu sambil masalah menjadi semakin parah tanpa pengetahuan rakyat.
Sudah pasti ini bukan cara yang bertanggungjawab dan ia bukan juga satu penyelesaian. Mahu tidak mahu masalah kena ditangani dan ketidakselesaan rakyat perlu dihadapi.
Dalam keadaan sebegini, amat sangat dikhuatiri - sambil pemimpin berusaha, rakyat yang pada awalnya inginkan perubahan hilang kesabaran dan berputus asa.
Mungkin ramai yang menyokong perubahan pada asalnya, tidak sedar kesukaran yang perlu diharungi bersama.
Mereka harapkan perubahan segera tanpa kesukaran. Sedangkan pepatah Melayu juga berkata, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Dalam pada itu, rakyat perlu prihatin terhadap apa yang sedang diusahakan pimpinan dan hakikat bahawa ia satu usaha yang mencabar. Asalkan tiadanya rasuah dan penyelewengan dan adanya ketelusan dan pertanggungjawaban, usaha meluruskan yang bengkok perlu disokong rakyat.
Kalau dianggap adanya tindakan yang terlalu drastik dan dikhuatiri yang ingin diluruskan akan patah, maka perlu diberi teguran, pandangan dan nasihat. Kalau dilihat terlalu lambat, perlu ditegur.
Pada masa sama, dalam apa juga keadaan, perlu mendapat penjelasan, kenapa perlu cepat atau kenapa terlalu lambat daripada pimpinan. Mungkin sahaja ada pertimbangan atau halangannya.
Semestinya rakyat perlu bersama, kalau tidak usaha meluruskan yang bengkok itu tadi akan gagal. Sedangkan ia dikehendaki oleh rakyat dan juga pentadbiran baharu.
Tanggungjawab pimpinan pula untuk terus kekal bersih dan bebas daripada penyelewengan, sambil itu telus dan sentiasa memberi penjelasan mengenai apa yang ingin diusahakan dan mengapa sesuatu itu dalam keadaan yang tertentu.
Sepertimana pimpinan inginkan rakyat bersabar dan meyakini usaha digerakkan, pimpinan perlu juga meyakini rakyat akan faham sekiranya diberikan penjelasan dan maklumat.
Apabila pimpinan berkerja rapat dengan rakyat yang menyokong perubahan ini, tidak akan ada ruang untuk golongan pendusta dan adu domba bertapak.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.