Kebajikan Rakyat Di Ambil Peduli
POKOK SENA - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pembasmi Kemiskinan Negeri, Halimaton Shaadiah Saad hari ini berkunjung ke pondok didiami sebuah keluarga yang dikatakan hidup dalam keadaan daif di Kampung Belukar, dekat Telaga Mas di sini, seperti dilaporkan akhbar dan tular di media-media sosial semalam.
Selain menyampaikan sumbangan termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Halimaton turut memaklumkan mengenai kesediaan wakil dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyemak kelayakan mereka menduduki perumahan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
Lebih daripada itu, beliau turut mencadangkan beberapa peluang perniagaan dan pekerjaan sesuai buat ketua keluarga berkenaan, Zulhamri Abd Sali, 43, yang mendakwa memiliki kemahiran sebagai tukang rumah.
"Cumanya saya terkilan dan kesal kerana terdapat dakwaan tidak tepat kononnya kerajaan bersama JKM dan LZNK mengabaikan keluarga ini setelah mereka mengalami kesukaran hidup sejak beberapa bulan lalu.
"Cerita sebenarnya, keluarga ini baru saja berpindah ke sini tiga minggu lalu dan pondok ini sebenarnya didiami oleh orang lain sebelum ini. Malah permohonan untuk penghuni asal pondok ini mendapatkan bantuan, telah pun diluluskan," katanya kepada media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menyalahkan JKM mahu pun LZNK dalam hal tersebut ketika kedua-dua organisasi itu sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan kebajikan rakyat miskin di negeri ini terbela.
"LZNK contohnya telah menyediakan 'food bank' di kesemua masjid di Kedah yang mana setiap masjid dibekalkan dengan 30 set makanan asas setiap bulan.
"Jadi kalau nak kata ada antara rakyat Kedah yang terputus bekalan makanan akibat kemiskinan, itu sukar untuk diterima. Apa yang penting, mereka mesti mendekatkan diri dengan masjid atau tampil ke depan bagi menyatakan masalah dihadapi," katanya.
Pengisytiharan
Pas yang akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad melalui usul undi percaya di Dewan Rakyat, wajar dilihat sebagai
‘peringatan’ agar kesemua anggota dewan untuk terus menyokong
pentadbiran beliau.
Malah, dikala konflik peralihan kuasa terus memuncak sehingga mencetuskan perang dingin antara pemimpin PH, usul dikemukakan pihak pembangkang itu menggambarkan pentadbiran Mahathir itu berjaya mengamalkan demokrasi sepanjang perjalanan politiknya.
Perkara tersebut ditegaskan penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib yang berkata, usul tersebut juga antara lain jelas memaparkan peranan pemangku menteri pendidikan itu sebagai seorang negarawan yang dihormati semua pihak termasuk parti lawan.
“Pertama kali dalam sejarah negara di mana sebuah parti pembangkang menjadi pendokong kepada Institusi Perdana Menteri biarpun wujudnya perbezaan politik kepartian.
“Dr Mahathir kini sebagai satu institusi tersendiri yang mampu memainkan peranan sebagai institusi pengimbang diantara blok kerajaan dan pembangkang.
“Ini dinamakan Mahathirokrasi iaitu peranan Dr Mahathir yang dapat menyaksikan perjalanan politik demokrasi Malaysia tidak pernah berpisah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline
Tambah Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa itu lagi, langkah yang dibuat Pas perlu diakui sebagai langkah berani dan berbeza yang menyaksikan kematangan parti itu dalam berpolitik.
Jelasnya, ia juga harus dipuji oleh kerana usaha tersebut tidak dibawa ke jalanan oleh Pas dan parti lawan lainnya.
Namun ia dijalankan secara rasmi di dalam Dewan Rakyat secara sah.
“Ini adalah satu langkah demokrasi profesional yang perlu dikaji dan dilihat, di mana menurutnya adalah satu perkiraan luar biasa biarpun semestinya dia mempunyai motif tersendiri.
“Ia adalah langkah bertamadun dalam sebuah negara demokrasi dan dilakukan secara profesional, ini adalah satu kematangan politik yang jelas,” ujarnya.
Pada 8 Februari lalu Presien Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu akan membawa usul percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang dewan rakyat yang akan berlangsung pada Mac depan.
Ia bagi menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir. sebagai satu usaha untuk meredakan ketidakstabilan politik negara hari ini yang dilihat mengganggu Perdana Menteri menjalankan tugasnya.
Pas dijangka akan menghantar Usul percaya lebih awal untuk diteliti oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/usul-undi-percaya-pas-komponen-ph-juga-perlu-sokong-mahathir-kata-penganalisis/

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.