Tidak sahih, jangan kongsi... faham tak?
Oleh Bartholomew Chan
Masalah penyebaran Coronavirus di seluruh dunia kini menjadi semakin genting. Ini kerana, bilangan mereka yang disahkan meninggal dunia di seluruh dunia akibat jangkitan virus itu telah mencecah 800 orang sehingga semalam.
Angka kematian tersebut secara rasminya telah mengatasi angka korban akibat Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) yang dicatatkan pada 2002/03 lalu.
Lebih menggerunkan, penyebaran virus berkenaan tidak menampakkan
tanda-tanda akan reda tetapi sebaliknya dijangka akan terus meningkat
mutakhir ini.
Bagaimanapun, barangkali satu trend yang lebih dahsyat kita saksikan sekarang adalah penyebaran berita-berita palsu mengenai Coronavirus hingga mencetuskan suasana kurang senang dan panik dalam kalangan penduduk.
Trend penyebaran berita-berita palsu m
engenai Coronavirus bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan juga di seantero dunia. Dari Hungary ke Hong Kong, India, Indonesia sehinggalah ke Thailand, mereka berhadapan dengan satu ancaman yang sama.
Di Malaysia umpamanya, penyebaran berita palsu Coronavirus diberi
perhatian yang cukup serius oleh pihak berkuasa. Malah, keseriusan
penyebaran berita palsu turut mendapat perhatian Perdana Menteri dan
Ketua Peguam Negara.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini, Ketua Peguam Negara Tommy Thomas memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap penyebar berita palsu di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Jujur kata, amaran tegas oleh Ketua Peguam Negara adalah tepat pada masanya. Sudah sampai masanya, tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit. Tidak ada lagi tolak ansur dan perasaan belas kasihan terhadap mereka ini.
Hukum mereka dengan sewajarnya dan memberi pengajaran kepada si penyebar agar tidak melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Disebabkan angkara tidak bertanggungjawab oleh segelintir individu sebegini, seluruh negara menerima tempias dan berlaku keadaan panik yang tidak sepatutnya berlaku. Ya tindakan menghukum si penyebar berita palsu mungkin tidak begitu popular namun ia adalah sesuatu yang perlu demi menjaga ketenteraman awam negara.
Sekiranya si penyebar memberi alasan bahawa dia menyebarkan berita-berita kerana prihatin, hakikatnya ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk berbuat demikian.
Jika tidak pasti, janganlah kongsi. Semaklah dahulu kandungan yang diterima dan bukannya barkongsi membuta-tuli tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Nak jadi “keyboard warrior” sekalipun, berpada-padalah dan jangan berkongsi semata-mata untuk berkongsi.
Fikirkan juga perasaan orang lain apabila berkongsi sesuatu berita yang belum tentu sahih. Apa perasaan anda apabila berita palsu mengenai diri anda tersebar? Mahukah anda berada dalam situasi tersebut? Renung-renungkanlah bersama!
Masalah penyebaran Coronavirus di seluruh dunia kini menjadi semakin genting. Ini kerana, bilangan mereka yang disahkan meninggal dunia di seluruh dunia akibat jangkitan virus itu telah mencecah 800 orang sehingga semalam.
Angka kematian tersebut secara rasminya telah mengatasi angka korban akibat Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS) yang dicatatkan pada 2002/03 lalu.
Bagaimanapun, barangkali satu trend yang lebih dahsyat kita saksikan sekarang adalah penyebaran berita-berita palsu mengenai Coronavirus hingga mencetuskan suasana kurang senang dan panik dalam kalangan penduduk.
engenai Coronavirus bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan juga di seantero dunia. Dari Hungary ke Hong Kong, India, Indonesia sehinggalah ke Thailand, mereka berhadapan dengan satu ancaman yang sama.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya baru-baru ini, Ketua Peguam Negara Tommy Thomas memberi amaran bahawa tindakan keras akan diambil terhadap penyebar berita palsu di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Jujur kata, amaran tegas oleh Ketua Peguam Negara adalah tepat pada masanya. Sudah sampai masanya, tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit. Tidak ada lagi tolak ansur dan perasaan belas kasihan terhadap mereka ini.
Hukum mereka dengan sewajarnya dan memberi pengajaran kepada si penyebar agar tidak melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu. Disebabkan angkara tidak bertanggungjawab oleh segelintir individu sebegini, seluruh negara menerima tempias dan berlaku keadaan panik yang tidak sepatutnya berlaku. Ya tindakan menghukum si penyebar berita palsu mungkin tidak begitu popular namun ia adalah sesuatu yang perlu demi menjaga ketenteraman awam negara.
Sekiranya si penyebar memberi alasan bahawa dia menyebarkan berita-berita kerana prihatin, hakikatnya ada banyak cara lain yang boleh digunakan untuk berbuat demikian.
Jika tidak pasti, janganlah kongsi. Semaklah dahulu kandungan yang diterima dan bukannya barkongsi membuta-tuli tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Nak jadi “keyboard warrior” sekalipun, berpada-padalah dan jangan berkongsi semata-mata untuk berkongsi.
Fikirkan juga perasaan orang lain apabila berkongsi sesuatu berita yang belum tentu sahih. Apa perasaan anda apabila berita palsu mengenai diri anda tersebar? Mahukah anda berada dalam situasi tersebut? Renung-renungkanlah bersama!
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.