https://critoxium.com/shop/

Terkini

Nak Cakap Bab Politik Lebih - Lebih , Pakai Jubah Politiklah ..!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Oleh
Tuan, ini bukan soal jawatan itu milik siapa, tapi soal sistem yang diamal masa kini. Dan, sistem itu dipersetujui oleh semua pihak termasuk pembangkang. Apa sistemnya?

Sistemnya ialah, mana-mana ahli parlimen yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen sebagai PM, maka individu berkenaan akan jadi PM.

Untuk masa ini, sokongan majoriti itu diperolehi oleh Tun M. Dan majoriti ahli parlimen juga mahu Anwar yang ganti Tun M. Cuma masanya terserah kepada kesesuaian dan persetujuan pihak-pihak yang terlibat.

Ada desakan sana-sini minta dipercepat, atau ada mahu campurtangan Majlis Presiden PH, atau pelbagai versi cadangan lagi. Cuma semua versi cadangan itu tidak merosakkan sistem yang dipersetujui iaitu pengganti Tun M ialah Anwar.

Maknanya tuan, majoriti ahli parlimen mahu pengganti Tun M ialah Anwar. Buat masa ini majoriti ahli parlimen terima Tun M sebagai PM. Sama ada Tun M atau Anwar, kedua-duanya dimahukan oleh ahli parlimen.

Apabila Tun M berjanji untuk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, bukan bermakna Tun M mengaku jawatan itu miliknya, tetapi melaksanakan kemahuan majoriti ahli parlimen yang mahu jawatan itu diserah kepada Anwar.

Macam tuan berkata kepada asnaf dalam kuliah tuanlah, majlis agama Islam akan berikan wang zakat kepada asnad. Adakah tuan mengaku wang zakat milik tuan? Adakah tuan dikira berjanji perkara yang bukan menjadi hak tuan?

Tentulah tidak, sebab tuan hanya memberitahu tentang perkara yang ditetapkan oleh sistem pembahagian harta zakat.

Demikianlah Tun M apabila dia sebut dia akan serah jawatan PM kepada Anwar, bukan bermakna dia mengaku jawatan PM milik dia.

Tun M cuma melaksanakan keputusan sistem yang terpakai pada masa kini sahaja.

Justeru, setiap kali saya sebut, tuan kena pakai baju ahli politik untuk bercakap lebih-lebih soal politik. Nak bercakap sikit-sikit bolehlah... Kalau terlebih cakap nanti orang terhidu bau tidak enak dari mulut tuan itu.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.