Kedah bentuk kerajaan campuran Pakatan dan Bersatu
MUHKRIZ Mahathir kekal sebagai menteri besar Kedah selepas mendapat
sokongan Pakatan Harapan (PH) untuk kerajaannya terus mentadbir negeri.
Kerajaan Kedah sekarang ialah kerajaan campuran antara Bersatu dan PH, katanya.
Adun Jerlun itu berkata konflik di peringkat pusat antara PH dengan Bersatu tidak akan menjejaskan pentadbiran negeri.
“Adalah dimaklumkan bahawa Adun PH dan Bersatu menyatakan sokongan kepada saya untuk kekal sebagai menteri besar Kedah.
“Adun PH dan Bersatu sepakat dan bersetuju supaya kerajaan negeri Kedah dikekalkan.
“Kerajaan negeri hari ini gabungan PH dan Bersatu, kesepakatan ini menjamin urusan kerajaan negeri berfungsi seperti biasa,” katanya pada sidang media di Sri Mentaloon di Alor Setar, hari ini.
Sidang media itu disertai bersama Adun Bersatu dan PH

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.