https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno, PAS nafi sokong Muhyiddin calon PM

SETIAUSAHA Agung Umno dan PAS menafikan laporan media bahawa ahli Parlimen dua parti itu menandatangani akuan bersumpah mahu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri.
Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan, menulis di akaun Twitter masing-masing, berkata laporan yang memetik kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man itu tidak benar.

“Pendirian kami tetap agar Parlimen dibubarkan. Sebarang kenyataan hanya boleh dikeluarkan oleh presiden dan setiausaha agong secara rasmi,” tulis Annuar.

Takiyuddin juga berkata PAS dan Umno kekal dengan cadang untuk Parlimen dibubarkan, selepas pentadbiran Pakatan Harapan (PH) runtuh awal minggu ini.
“Sebarang kenyataan rasmi PAS hanya daripada Presiden dan Setiausaha Agung secara bertulis,” kata Takiyuddin.

The Star Online hari ini melaporkan Tuan Ibrahim berkata Umno dan PAS sebelum ini menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Mereka bagaimanapun menandatangani satu lagi akaun bersumpah menyokong Muhyiddin pula selepas Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri dan kerajaan PH runtuh.

Dr Mahathir letak jawatan pada Isnin lalu. Pada hari sama, Bersatu mengumumkan keluar PKR sementara 11 ahli Parlimen PKR juga keluar parti

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.