Masjid anjur solat hajat mohon negara sentiasa stabil
PUTRAJAYA: Masjid utama di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) menganjurkan solat hajat bagi memohon doa supaya
keadaan politik negara stabil, keamanan dan keharmonian masyarakat
berbilang agama serta kaum di negara ini kekal.
Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya dalam kenyataan hari ini berkata solat hajat mulai hari ini akan diadakan di Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
“JAKIM juga memohon kerjasama semua masjid di bawah jabatan dan majlis agama Islam di negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa,” katanya.– BERNAMA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.