https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mufti cadang masjid buat jamuan makan, tarik lebih ramai jemaah

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan surau dan masjid membuat jamuan makan bagi menarik orang ramai ke sana.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata perkara itu penting bagi memeriahkan kembali surau mahupun masjid di kalangan masyarakat.

“Jamuan makan kena ada. Bincang isu-isu yang sesuai untuk semua peringkat umur dalam kuliah harian,” tulisnya di Twitter hari ini.

Saranan Zulkifli walau kedengaran melucukan, namun mendapat respon baik warga maya.

Lebih-lebih lagi dengan cadangan pertama iaitu makan-makan mesti disediakan.

Namun mereka berharap tidak ada syarat-syarat tertentu dikenakan.

Ahmad Kamil Mustaffa: Yang nombor satu itu yang paling penting untuk tarik orang muda datang masjid. Tak perlu susah-susah nak masak terutama orang bujang.

Izza Mariam Iskandar: Yang nombor satu bagus, tapi selalunya jadi tak bagus sebab diletak dengan pelbagai syarat. Ahli jawatankuasa (AJK) perlu ingat masjid itu rumah Allah. Bukan rumah AJK.

Perlu mengalu-alukan semua orang Muslim, bukan hanya qariah setempat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.