Pemergian pelawak Abam Bocey bukan sahaja diperkatakan peminat dan
golongan seni tanah air, malah turut mencuri perhatian pemimpin negara
dan golongan agama.
Meskipun sudah lima hari Abam kembali ke rahmatullah, kebaikannya terus diperkatakan dan dikongsi di media sosial.
Turut
mengulas mengenai pemergian Abam ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Dr
Zulkifli Mohamad yang menyifatkan kematian pemilik nama penuh Syed Umar
Mokhtar Syed Mohd Redzuan al-Juffrey itu sebagai husnul khatimah.
“Mungkin
ramai juga yang tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu
kematiannya, nama Abam masih lagi meniti di bibir-bibir orang ramai.
"Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Adakah kerana kemasyhurannya? Atau kerana lawaknya yang sentiasa diingati?
“Bagi
saya, bila mana kematiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda
kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah),” katanya menerusi
akaun Facebook.
Tambahnya, ribuan yang hadir bagi menyempurnakan solat jenazah Abam juga menunjukkan petanda husnul khatimah.
“Seperkara lagi, solat jenazahnya dihadiri oleh ramai orang.
“Ini jua menunjukkan petanda husnul khatimah,” katanya lagi.
Dr
Zulkifli berkata demikian dalam merujuk sabda Rasullulah: Tidaklah
seorang Muslim meninggal kemudian disolatkan jenazahnya oleh 40 orang
yang tidak menyekutukan Allah, kecuali Allah mengizinkan mereka memberi
syafaat kepadanya (pada Hari Kiamat nanti) .
Terdahulu,
media melaporkan dianggarkan 2,000 orang hadir bagi menziarahi
allahyarham buat kali terakhir dan menyempurnakan solat jenazahnya.
Pada 10 Feb lalu, Abam meninggal dunia di kediamannya, di Gombak, Selangor kira-kira jam 8.30 pagi dipercayai akibat demam panas.
Kejadian
itu disedari isterinya, Nor Hidayah yang cuba mengejutkan arwah untuk
bangun solat Subuh. Abam, 32, dikatakan mengalami demam panas dua hari
sebelum itu namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.
Allahyarham
meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah
Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. Selain Abam, kumpulan Bocey
turut dianggotai Fad dan Achey.
Sementara itu, Dr Zulkifli turut
menyampaikan takziah dan mendoakan agar keluarga Abam diberikan
ketabahan menghadapi dugaan tersebut.
“Semoga dikurniakan
ketabahan dan kesabaran, khususnya kepada isteri beliau dalam
membesarkan anak yang dikasihi, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Mungkin
jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca
nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan
disenangi semua orang,” katanya.
Mufti sifatkan pemergian Abam sebagai husnul khatimah
Reviewed by editorreformis
on
Februari 16, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.