Baru-baru ini laman Sarawak Report dalam satu laporannya
mendakwa sejumlah anggota Parlimen - daripada Umno, PAS, Bersatu dan kem
dalam PKR yang memihak kepada Mohamed Azmin Ali - digesa untuk
menandatangani akaun berkanun (SD) untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad
kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal ini.
Ia
dikaitkan dengan usaha menggagalkan peralihan kuasa kepada Presiden PKR
Anwar Ibrahim, seperti yang dipersetujui oleh parti komponen PH sebelum
PRU ke-14.
Terdapat juga dakwaan bahawa sejumlah 138 anggota parlimen telah menandatanganinya.
Dua anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dihubungi Malaysiakini menggesa agar isu berkaitan peralihan kuasa itu dihentikan apatah lagi ia sudah dipersetujui sebelum ini.
Wan
Saiful Wan Jan berkata, sebarang "muslihat licik" untuk mengeruhkan
perkara itu perlu dihentikan kerana ia menunjukkan keadaan politik yang
tidak sihat.
"Pihak berkepentingan yang ada muslihat licik hendak
cepatkan peralihan kuasa ataupun kekalkan Dr Mahathir (sehingga tamat
penggal) perlu berhenti (berbuat demikian).
“Isu peralihan kuasa
ini sudah capai persetujuan yang kita semua sudah maklum, sepatutnya
janganlah buat desakan kerana ia melanggar persetujuan pimpinan
tertinggi," katanya.
Wan Saiful dan Rais Hussin
Rais
Hussin Mohamed pula menyifatkan pertelingkahan berlarutan berkenaan isu
tersebut akan menghakis kepercayaan rakyat kepada PH.
Beliau yang
juga presiden Emir Research itu berkata fokus utama harus diberi kepada
soal pentadbiran terutama usaha menepati janji dalam Manifesto PRU14.
"Permainan politik kotor ini harus dikurangkan kerana ia membuatkan rakyat kurang percaya kepada pimpinan PH," katanya lagi.
Pada 13 Februari lalu, Anwar mengakui "ada usaha
daripada PAS, sekumpulan dari Umno dan sebilangan kecil dari PKR" untuk
mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga tamat
penggal, tetapi mengatakan perdana menteri tidak terlibat dengannya.
Beliau juga berkata isu peralihan kuasa akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan pada 21 Februari ini - selepas kali terakhir majlis itu bermesyuarat pada 23 November lalu.
MP: Saya tak tahu-menahu
Dalam
pada itu, Anggota Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu, Rosol
Wahid berkata beliau tidak tahu-menahu berkenaan SD tersebut dan enggan
memberi tumpuan terhadapnya.
“Saya memang tidak tahu dan tak ambil
tahu berkenaan perkembangan isu SD itu, yang merupakan satu khabar
angin. Saya sibuk jalankan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di
kawasan saya," katanya kepada Malaysiakini.
Rosol Wahid
Seorang lagi anggota parlimen Bersatu yang dihubungi Malaysiakini, Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) pula enggan mengulas tentang perkara itu.
Rosol dan Fasiah adalah antara enam anggota parlimen yang keluar Umno untuk menyertai Bersatu pada Februari 2019.
Turut
senada dengan Rosol ialah Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang yang
menyifatkannya sebagai "khabar angin" dan mengatakan beliau sendiri
tidak pernah melihat SD tersebut.
“Saya sendiri tak pernah nampak
lagi SD ni, jadi saya tidak boleh komen lebih lanjut...pimpinan PH yakin
dengan keputusan perdana menteri berkenaan peralihan kuasa," katanya
yang juga adun Puteri Wangsa.
Mazlan Bujang
Tiada
garis masa ditetapkan bagi peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar
berlaku, tetapi perdana menteri baru-baru ini sekali lagi mengulang
komitmennya untuk melepaskan jawatannya selepas sidang kemuncak
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November ini.
Anwar
pula pada bulan lalu menggesa para pemimpin PH untuk menghentikan
polemik sekitar isu tersebut dan mahu ia dilaksanakan secara baik.
Bagaimanapun wujud gesaan agar Mahathir kekal memimpin negara sehingga tamat penggal, antaranya menerusi usul undi percaya yang dicadangkan PAS.
Selain
itu wujud juga khabar angin berhubung penubuhan apa yang digelar
sebagai Pakatan Nasional, sebuah gabungan baru yang didakwa melibatkan
Umno, PAS dan Bersatu, dan diketuai Mahathir.
Mahathir bagaimanapun menafikan
ada membuat pelawaan itu kepada parti pembangkang, manakala Anwar
menyifatkannya sebagai khabar angin dengan jumlah anggota parlimen yang
dikatakan menyertainya "dibesar-besarkan".
Hentikan polemik peralihan kuasa, kata anggota MPT Bersatu
Reviewed by editorreformis
on
Februari 16, 2020
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Peminat industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian pelawak Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak p...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.